AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Ipoh, PJ lokasi paling popular pencari rumah



KUALA LUMPUR: Ipoh dan Petaling Jaya disenaraikan dua kawasan di negara ini dengan jumlah carian tertinggi oleh rakyat Malaysia yang sedang mencari hartanah kediaman untuk dijual di laman web iProperty.com.my antara Januari hingga November 2022.

Data carian oleh portal hartanah terkemuka itu mencerminkan perubahan dalam corak carian hartanah kediaman, apabila pada tahun ini, lebih ramai pembeli rumah dan pelabur berpotensi kini mempertimbangkan kawasan terpilih di luar Lembah Klang.

Lokasi berkenaan cenderung menawarkan rumah bertanah mampu milik dalam persekitaran yang mesra keluarga.

Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez, berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan cabaran ekonomi akibat COVID-19 memberi kesan kepada aktiviti pembelian rumah sejak dua tahun kebelakangan ini apabila pembeli mengamalkan sentimen lebih berhati-hati.

Beliau berkata, dengan usaha kerjasama Malaysia menangani pandemik COVID-19 serta landskap politik yang semakin stabil, adalah amat menarik untuk melihat kawasan kediaman yang akan dipertimbangkan oleh pembeli dan pelabur di masa hadapan.

"Pada 2022, lebih ramai pelabur dan pembeli mempertimbangkan hartanah kediaman di kawasan yang terletak di luar Lembah Klang. Tahun ini, kami mempunyai tiga lokasi yang tidak pernah menduduki senarai tahunan iProperty.com.my.

"Pemerhatian ini menunjukkan bahawa pandemik mendorong ramai pembeli untuk mengambil kira gaya hidup dan tempat mereka bekerja. Trend gaya kerja hibrid dan bekerja dari rumah membolehkan mereka mengutamakan persekitaran hidup yang lebih baik untuk membesarkan anak-anak, duduk berdekatan dengan ahli keluarga, dan mengutamakan kesihatan mental.

"2023 adalah tahun yang menarik untuk kita meramal sama ada hartanah kediaman di luar bandar utama atau kawasan kegemaran ramai akan terus mendapat tarikan dalam kalangan pembeli dan pelabur rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Ipoh tanpa dijangka muncul kawasan paling popular tahun ini, sekali gus menjadi bandar kedua di luar Lembah Klang yang pernah menduduki tempat tertinggi dalam senarai carian hartanah selepas Johor Bahru pada 2022.

Ibu negeri Perak itu dikenali sebagai hab makanan tempatan, pemeliharaan warisan, bangunan dan mercu tanda bersejarah, selain berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

Ipoh merekodkan 1,916 transaksi merentas semua jenis hartanah kediaman pada tahun lalu.

Pembeli rumah kebanyakannya membeli rumah bertanah dengan harga median RM280,000.

Tiga jenis hartanah dengan transaksi tertinggi ialah rumah teres dan berkembar di Taman Cempaka, Taman Ipoh dan Taman Canning.

Jatuh ke tempat kedua tahun ini ialah pemenang tahun lalu, iaitu Petaling Jaya.

Status bandar raya yang diberikan secara rasmi pada 2006, Petaling Jaya terkenal dengan akses yang terbaik di kawasan tengah Lembah Klang.

Pembeli hartanah yang mencari rumah yang tenang berhampiran kemudahan bandar Kuala Lumpur lebih menggemari Petaling Jaya.

Disebabkan lokasi Petaling Jaya yang strategik, harga hartanah berada pada hujung spektrum harga yang lebih tinggi, dengan median rumah bertanah yang diurus niaga pada tahun lalu ialah sekitar RM1 juta.

Kawasan lain yang disenaraikan antara 10 lokasi carian popular di Malaysia adalah Cheras, Johor Bahru, Puchong, Kuching, Port Dickson, Mont Kiara, Shah Alam dan Seremban.


December 21, 2022
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang has quietly graduated from "affordable fringe town" to one of the better-connected addresses in the southern Klang Valley...

October 1, 2026
Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property