AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Harga rumah dijangka naik mendadak tahun ini



KUALA LUMPUR: Harga rumah kediaman dijangka meningkat ketara tahun ini disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan berterusan kos bahan mentah.

Pengarah CPI Land Sdn Bhd (CPI Land), Chung Shan Tat, berkata selain harga bahan mentah binaan, kos upah dan pembiayaan yang melonjak turut menjadi faktor yang menyebabkan harga rumah meningkat.

Beliau berkata, walaupun industri hartanah dan pembinaan keseluruhannya berdepan dengan lonjakan harga itu, tetapi CPI Land tetap masih mampu mengatasinya.

"Kami masih boleh mengawalnya dan tidak memberikan lebihan kos itu kepada pembeli. CPI Land mempunyai sedikit kelebihan dan kami berjaya menguruskannya dengan lebih baik kerana mempunyai cabang pembinaan sendiri.

"Ini membolehkan kami mengawal kos, garis masa dan kualiti dengan lebih baik," katanya kepada BH

Sementara itu, Shan Tat berkata, secara keseluruhan prospek industri hartanah di Malaysia kekal neutral untuk 2023.

Beliau berkata, dengan isu rantaian bekalan yang berterusan yang bertambah buruk oleh sekatan yang dikenakan dalam dua tahun lalu, CPI Land turut menjangkakan pelancaran baharu yang lebih rendah.

"Kos bahan binaan dan buruh meningkat. Sebagai contoh, kos pembinaan meningkat antara 20 hingga 30 peratus.

"Di samping itu, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga menyebabkan kuasa beli yang lebih lemah dalam kalangan pengguna," katanya.

Shan Tat berkata, dengan pembukaan sempadan antarabangsa dan pemulihan ekonomi, kumpulan berharap dapat menyelesaikan isu seperti kekurangan buruh, kos dan kuasa beli pengguna.

Beliau berkata, kerajaan juga diharap dapat memperkenalkan semula langkah segera yang dapat membantu industri hartanah dan pembeli rumah.

Katanya, antara yang perlu dilaksanakan kerajaan adalah memperkenalkan semula kempen Kempen Pemilikan Rumah (HOC), mempercepatkan proses kelulusan dan menyelesaikan isu kekurangan buruh.

Ini semua katanya akan membantu dalam masa dan kos pembangunan.

"Dengan semua isu yang dinyatakan, kami meramalkan tahun hadapan yang sangat kompetitif.

"Tinjauan ekonomi tahunan juga mengunjurkan pertumbuhan yang lemah di seluruh dunia pada 2023, selain menjangkakan pertumbuhan perlahan dalam sektor hartanah," katanya.

Shan Tat berkata, sebagai pemaju, CPI Land secara konsisten mencari simpanan tanah baharu di Lembah Klang.

Beliau berkata, CPI Land sentiasa membina nilai kepada pelanggan menerusi reka bentuk inovatif yang mencapai tahap keselesaan maksimum kepada pemilik rumah, sambil mengekalkan kualiti dan kecekapan kos.

"Projek akan datang kami seperti Residensi Dian I diinspirasikan dari Bali. Dengan pembinaan dijangka siap pada 2026, Residensi Dian II mempunyai 748 unit pangsapuri servis dan 14 unit komersial.

"Projek itu ketika ini mempunyai kadar tempahan sebanyak 80 peratus," katanya.

Shan Tat menambah, satu lagi hartanah yang ditumpukan oleh CPI Land adalah bahagian ketiga siri Tuan.

Beliau berkata, pemilik rumah boleh menjangkakan kecemerlangan seni bina dan rumah tema unik dengan nilai luar biasa dari segi kualiti serta tahap kemampuan, sama seperti dua siri sebelumnya iaitu Tuan Residency dan Tuan 2egacy.

"Projek Tuan akan datang adalah pembangunan berorientasikan transit (TOD) terletak dalam radius 300 meter ke Stesen KTM Segambut. Terletak di atas tanah pegangan bebas 3.9 ekar, projek itu dijangka dilancarkan pada suku keempat 2023," katanya.
January 3, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property