AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Johor tolak permintaan REHDA naikkan harga rumah mampu milik



KULAI: Kerajaan negeri berpendapat bahawa permintaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Johor untuk menaikkan harga Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sebanyak 100 peratus adalah keterlaluan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata perkara itu sukar diterima kerana ia antara lain akan membebankan pembeli khususnya golongan B40.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) bersetuju untuk menaikkan harga RMMJ bagi kategori A dan B, manakala kategori C dikekalkan pada harga sedia ada.

"Menyedari faktor kos barang yang meningkat 30 hingga 40 peratus, PKPJ bersetuju menaikkan harga RMMJ kategori A daripada RM42,000 kepada RM50,000 dan kategori B daripada RM80,000 kepada RM100,000.

"Manakala, bagi rumah kategori C, harga RM150,000 dikekalkan. Ini adalah langkah yang terbaik untuk memberi situasi menang-menang kepada pemaju dalam masa sama tidak membebankan pembeli.

"Mengikut polisi sedia ada, kita sudah membenarkan pemaju membina 60 peratus rumah mewah, sebagai balasan membina RMMJ bagi kapasiti 40 peratus. Jadi, tidak munasabah rumah RMMJ itu dijual mengikut harga pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program J-Home One Stop Centre Rumah Mampu Milik Jenis C Taman Bandar Putra di Dewan Bandar Putra di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PKPJ, Dr Suhailizan Suliman.

Program berkenaan adalah yang pertama dilaksanakan dan turut diadakan penyerahan sijil layak memiliki rumah RMMJ kepada 245 pembeli daripada 2,500 rumah RMMJ yang disasarkan diserahkan pada tahun ini.

Menurut Mohd Jafni, perbincangan mengenai menaikkan harga RMMJ kategori A dan B itu membabitkan Jawatankuasa Perancangan, Rekabentuk dan Semakan (PDRC) antara pemaju rumah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas mengenai projek 'sakit', Mohd Jafni berkata, pihaknya dalam proses akhir menyiapkan Taman Residensi Kota Tinggi yang sudah terbengkalai sejak tiga tahun lalu.

Katanya, pasukan khas yang diwujudkan bersama pihak pemaju, PRIMA dengan agensi negeri serta pusat yang terbabit adalah bagi menguruskan masalah teknikal yang dialami sejak lapan bulan lalu.

"Taman Residensi ini dalam proses akhir disiapkan dan penyerahan kunci kepada 625 pembeli dijangka dilaksanakan pada Mac depan," jelasnya.
January 25, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang has quietly graduated from "affordable fringe town" to one of the better-connected addresses in the southern Klang Valley...

October 1, 2026
Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026

Recent Auctions

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property