AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Mah Sing mahu Kempen Pemilikan Rumah dikembalikan




KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd berharap kerajaan dapat menghidupkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dalam Belanjawan 2023 kerana langkah itu sudah terbukti penting membantu pembeli rumah.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata pihaknya turut mencadangkan pengenalan Geran Pembeli Rumah Kali Pertama sekali saja sebanyak RM30,000 untuk hartanah berharga sehingga RM500,000, selain mengaktifkan semula program Skim MyHome kepada pembeli yang layak.

"Tawaran pembiayaan kadar tetap yang lebih rendah untuk pembeli rumah kali pertama, untuk hartanah berharga sehingga RM500,000.

"Memperkenalkan 'step-up financing' yang membolehkan pembeli berpendapatan sederhana lebih banyak masa untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam beberapa tahun pertama pemilikan rumah.

"Menawarkan margin pembiayaan yang lebih tinggi sehingga 100 peratus untuk hartanah pertama untuk membantu kumpulan M40 dan B40 yang terjejas oleh pandemik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hoy Kum berkata, Mah Sing turut mencadangkan supaya tempoh pinjaman maksimum dikembalikan kepada 40 tahun untuk semua pembeli.

Malah, katanya pemaju hartanah itu berharap supaya permohonan pinjaman dapat dibuat dengan merujuk kepada pendapatan kasar berbanding pendapatan bersih dan membenarkan bayaran pendahuluan dibuat terus daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Selain itu, kita juga memohon kerajaan dapat mengurangkan dan menyeragamkan ambang minimum untuk pemilikan harta asing kepada RM600,000.

"Ketika ini, ambang minimum semasa untuk pemilikan harta asing adalah berbeza mengikut negeri. Kami berharap kerajaan dapat menyemak dan menyeragamkan ambang minimum kepada RM600,000 di semua negeri.

"Dengan kadar mata wang semasa, ia akan menarik warga asing untuk melabur dalam pelaburan hartanah ini," katanya.

Beliau menambah, Mah Sing juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengetepikan atau menurunkan cukai dan levi ke atas bahan binaan sehingga harga stabil, serta menawarkan insentif menarik untuk pembangunan yang menggabungkan ciri hijau.

"Kami berharap kerajaan dapat memberi insentif kepada pemaju yang menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

"Memandangkan industri hartanah mempunyai kesan pengganda yang kritikal terhadap lebih daripada 140 industri, ini akan memberi kesan yang lebih luas kepada keseluruhan ekonomi.

"Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan perkara yang dinyatakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang lebih banyak aktiviti dalam sektor hartanah," katanya.
February 14, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang has quietly graduated from "affordable fringe town" to one of the better-connected addresses in the southern Klang Valley...

October 1, 2026
Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

Find Auction Property