AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Azrulnizam dilantik sebagai Pengerusi baharu PR1MA


PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) melantik Datuk Azrulnizam Abdul Aziz sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 16 Mac 2023.

Beliau dilantik bagi menggantikan Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff, berkata warga kerja PR1MA mengucapkan tahniah kepada Azrulnizam atas pelantikan sebagai Pengerusi dan mengalu-alukan kedatangan beliau ke PR1MA.

"Kami yakin beliau akan dapat memacu PR1MA dalam memenuhi aspirasi dan mandat Kerajaan, khususnya penyediaan kediaman mampu milik yang berkualiti," katanya dalam satu kenyataan.

Azrulnizam memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran daripada Universiti Wichita State, Kansas, AS.

Beliau juga menjalani Program Kepimpinan di Universiti Oxford, United Kingdom; Pendidikan Eksekutif di Harvard Business School, AS dan adalah Ahli Profesional Bertauliah dalam Kewangan Islam.

Berbekalkan lebih 25 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, beliau pernah menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Banking & Investment Corporation Malaysia Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Sa'adiq Bhd.

Selain itu, Azrulnizam pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pelaburan MARA Bhd dan Penasihat Kewangan Strategik Kumpulan, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Ketika ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bebas di MBSB Bank, AmMetlife Takaful dan Thriven Global Bhd.

Atas kapasiti peribadi, beliau adalah Pengarah CR FinaCapital Sdn Bhd dan Petrowangsa Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA.
March 28, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas...

June 30, 2026
Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Memiliki kediaman sendiri pada usia muda atau sebagai pembeli rumah pertama sememangnya satu pencapaian...

June 30, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Tanjung Minyak Utama, Melaka

RM 250,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Permatang Pasir Perdana, Melaka

RM 480,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Perpaduan 2, Kedah

RM 350,000

Find Auction Property