AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Selangor paling banyak rumah siap tak terjual



KUALA LUMPUR: Selangor merekodkan jumlah hartanah kediaman siap yang tidak terjual tertinggi sebanyak 4,995 unit bernilai RM4.47 bilion pada suku pertama 2023.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Sr Abdul Razak Yusak, berkata hartanah kediaman siap yang tidak terjual itu juga adalah 18.6 peratus dari segi bilangan dan 24.5 peratus dari segi nilai daripada keseluruhan pasaran di Malaysia.

Beliau berkata, negeri lain yang merekodkan hartanah kediaman siap yang tidak terjual tertinggi adalah Johor (4,759 unit bernilai RM3.94 bilion), Kuala Lumpur (3,423 unit bernilai RM3.13 bilion) dan Pulau Pinang (3,138 unit bernilai RM2.48 bilion).

"Secara keseluruhannya, status hartanah kediaman siap dibina tidak terjual terus positif dengan penurunan kepada 26,872 unit bernilai RM18.31 bilion pada suku pertama 2023.

"Bilangan dan nilai kediaman siap dibina tidak terjual menurun masing-masing sebanyak 3.2 peratus dan 0.5 peratus berbanding suku keempat 2022.

"Ini adalah disebabkan serapan pasaran di kesemua negeri kecuali Selangor," katanya ketika pengumuman data pasaran hartanah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) suku pertama 2023 secara maya, hari ini.

Abdul Razak berkata, segmen pangsapuri servis juga menyaksikan penurunan marginal bilangan dan nilai siap dibina tidak terjual sebanyak tiga peratus setiap satu kepada 23,267 unit bernilai RM19.59 bilion.

Beliau berkata, bagi kategori itu, Johor merekodkan bilangan tertinggi pada 58.6 peratus atau 13,638 unit dari segi bilangan dan 60.2 peratus (RM11.80 bilion) dari segi nilai.

Katanya, kadar penghunian pejabat binaan khas swasta dan kompleks perniagaan turut menunjukkan peningkatan marginal, dengan pejabat binaan khas swasta merekodkan kadar penghunian 71.9 peratus, naik kurang daripada satu peratus berbanding suku sebelumnya.

"Ruang pejabat yang tidak dihuni kekal tinggi seluas 5.17 juta meter persegi. Kuala Lumpur merekodkan jumlah ruang tersedia tertinggi (2.53 juta meter persegi) membabitkan 290 bangunan, diikuti oleh Selangor (1.40 juta meter persegi) dengan 192 bangunan.

"Segmen kompleks perniagaan juga melihat peningkatan marginal kadar penghunian kepada 76.0 peratus pada suku pertama 2023. Ruang niaga yang tidak dihuni pula berjumlah kira-kira 4.2 juta meter persegi," katanya.

Abdul Razak berkata, berkata segmen pejabat binaan khas (swasta) dan kompleks perniagaan perlu diberi perhatian terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, ia wajar diberikan perhatian kerana terdapat lebihan penawaran yang dijangka akan lebih terkesan dengan kemasukan penawaran baharu pada tahun ini.

"Kedua-dua pihak iaitu pemaju perlu lebih teliti dan berhati-hati sebelum merancang pembangunan baharu manakala pihak berkuasa tempatan perlu menjalankan semakan yang terperinci sebelum meluluskan satu-satu projek baharu," katanya.
May 17, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Kampung Raja Uda, Selangor

RM 450,000

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property