AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Urus niaga hartanah cecah RM142.5 bilion sembilan bulan 2023



KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah di Malaysia terus mengukuh dalam tempoh sembilan bulan pertama 2023, menyaksikan sejumlah 293,095 transaksi berjumlah RM142.5 bilion.

Urus niaga itu menunjukkan kestabilan dari segi jumlah, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 8.8 peratus berbanding tempoh sembilan bulan pertama 2022 yang menyaksikan sebanyak 293,115 transaksi urus niaga bernilai RM131 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan Knight Frank Malaysia, Keith Ooi, berkata 2023 menunjukkan prestasi yang berdaya tahan untuk kedua-dua ekonomi dan pasaran hartanah, sekali gus menetapkan prospek yang stabil dan optimistik dengan lebih berhati-hati pada 2024.

"Lonjakan permintaan untuk pusat data di rantau Asia Pasifik (APAC), ditambah dengan minat yang semakin meningkat dalam pelaburan alternatif seperti kediaman servis dan taman perindustrian, menyokong kebangkitan semula pasaran hartanah komersial selepas pandemik.

"Faktor-faktor ini mempengaruhi pelaburan hartanah komersial apabila sebanyak 68 peratus daripada responden percaya bahawa pelaburan langsung asing (FDI) akan menjadi lebih baik disebabkan keadaan ekonomi yang lebih kukuh," katanya dalam satu kenyataan.

Ooi berkata, FDI di Malaysia dikuasai oleh sektor pembuatan dan dijangka terus menarik pelaburan pembuatan ke negara ini berikutan ketersediaan ekosistem dan sumber apabila sebanyak 62 peratus responden percaya bahawa indeks keadaan perniagaan (BCI) akan positif disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang stabil dan jangkaan perkembangan pada masa hadapan.

Beliau berkata, 60 peratus daripada responden mendapati Belanjawan 2024 yang mengambil kira inisiatif dan dasar kerajaan adalah neutral terhadap pasaran hartanah komersial.

Katanya, di tengah-tengah cabaran global, majoriti menyatakan keyakinan terhadap prestasi ekonomi Malaysia, evolusi digital dan pasaran hartanah, didorong oleh faktor seperti pasaran buruh yang berdaya tahan dan sentimen pengguna yang positif.

"Tinjauan yang menggalakkan terhadap kestabilan politik seterusnya menyumbang kepada peningkatan keyakinan pelabur di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Penyelidikan & Perundingan Knight Frank Malaysia, Amy Wong, berkata bahawa responden meramalkan peningkatan positif dalam pelaburan ke dalam subsektor runcit, penjagaan kesihatan dan pendidikan atau institusi pada tahun ini.

"Walau bagaimanapun, minat minimum diperhatikan dalam pejabat dan subsektor perindustrian atau logistik, manakala sektor hotel dan riadah mengekalkan trend yang serupa dengan 2023.

"Tinjauan terhadap pandangan responden mengenai landskap pelaburan dari 2024 hingga 2026 mendedahkan minat yang mendalam terhadap kediaman dan hotel perkhidmatan, terutamanya di kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah yang didorong oleh peningkatan pelancongan serta kebangkitan semula industri hotel selepas pandemik," katanya.

Beliau berkata, industri dan perniagaan terutamanya di wilayah seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, menarik pelabur meneroka peluang dalam logistik dan hab perindustrian di tengah-tengah peningkatan ekonomi digital.

Katanya, terdapat keutamaan yang semakin meningkat untuk pelaburan alternatif, seperti minat yang ketara dalam sektor tempat tinggal penginapan pelajar, ruang pejabat bekerja fleksibel dan industri pusat data yang mencerminkan trend sedang berkembang dalam pilihan kerja dan kemajuan teknologi.
February 7, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang Neighbourhood Spotlight: Auction Properties in Selangor's MRT Terminus Town

Kajang has quietly graduated from "affordable fringe town" to one of the better-connected addresses in the southern Klang Valley...

October 1, 2026
Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026

Recent Auctions

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property