AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah kecil, aset besar!


MEMANDANGKAN nilai hartanah terus meningkat, ramai pembeli memfokuskan kepada rumah mampu milik terutama rumah pertama.

Saiz rumah juga menjadi pertimbangan kerana mempengaruhi harga hartanah berkenaan.

Oleh itu, tidak salah membeli rumah bersaiz kecil asalkan harganya berpatutan dan mampu membayar ansuran bulanan.

Kelebihan membeli rumah bersaiz kecil
1. Kurang bebanan hutang
Memilih membeli rumah yang lebih kecil boleh menjimatkan wang dalam jangka panjang.

Bayaran pendahuluan dan ansuran bulanan yang rendah dapat mengelakkan daripada tekanan kewangan akibat banyak hutang.

Lazimnya harga rumah bersaiz kecil lebih murah dan lebihan wang pula boleh disimpan untuk membeli rumah kedua.

2. Perbelanjaan rendah
Saiz rumah menentukan kadar yuran penyelenggaraan. Bagi rumah bersaiz kecil, bayaran yurannya juga lebih rendah.

Ruang yang terhad tidak memerlukan banyak kipas, lampu dan televisyen. Ini lebih menjimatkan kerana penggunaan elektrik rendah.

Begitu juga dengan kerosakan di rumah dapat diminimumkan.

3. Minimum barangan dalam rumah
Membeli rumah kecil menjadikan anda pengguna bijak kerana mengutamakan barangan atau perabot yang diperlukan berbanding kehendak.

Sekali gus dapat mengelakkan pembaziran kerana mungkin ada barangan masih elok terpaksa dibuang bagi mengelakkan menjadi sarat.

Rumah saiz kecil dan barangan sedikit menjadikan kediaman itu lebih kemas serta teratur.

4. Kebolehpasaran lebih besar
Rumah bersaiz kecil harga berpatutan selalunya menarik minat ramai pembeli.

Bagi pemilik rumah yang mengalami masalah kewangan kerana memilik rumah lebih daripada satu, maka mereka tidak perlu risau untuk mendapatkan pembeli apabila menjual hartanah berkenaan.

Keputusan ini (menjual rumah) membebaskan diri daripada beban harta benda yang tidak perlu.
April 9, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas...

June 30, 2026
Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Memiliki kediaman sendiri pada usia muda atau sebagai pembeli rumah pertama sememangnya satu pencapaian...

June 30, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kampung Padang, Pahang

RM 140,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 300,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Permatang Pasir Perdana, Melaka

RM 480,000

Find Auction Property