AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Jangan ambil mudah



Pemilik rumah pertama selalu memberi tumpuan kepada hal-hal yang besar seperti ubah suai rumah sehingga mereka mengabaikan beberapa perkara penting lain.

Jika konflik atau masalah mula timbul iaitu ketika menjual hartanah atau pengurusan harta pusaka, barulah pemilik rumah meneliti hal-hal 'remeh' terbabit.

Menurut peguam hartanah yang juga pengamal hartanah, Datuk Nazri Mustafa, hal remeh membabitkan urusan atau terkait dengan milikan hartanah masih penting dan boleh mendatangkan masalah pada masa depan.

Beliau menekankan pemilik rumah pertama supaya menyemak dan menyelesaikan urusan remeh itu supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

"Isu ini saya bangkitkan sebagai panduan pemilik hartanah pertama supaya mereka tidak berdepan dengan konflik membabitkan urusan jual beli hartanah itu suatu hari nanti.

"Pada masa sama isu ini seharusnya diselesaikan pemilik sebaiknya mungkin dan bertanggungjawab sepenuhnya.

"Penyelesaian ini memang ada ditawarkan dalam khidmat rundingan guaman tetapi ia membabitkan kos tambahan.

"Urusan itu sebaiknya dikendalikan sendiri pemilik hartanah kerana ia membabitkan tanggungjawab selaku penama hartanah itu," katanya.

Meskipun urusan itu mudah, tetapi masih ada segelintir memandang remeh. Kesannya kata Nazri, mereka terpaksa melakukan carian semula atau menyelesaikan urusan itu dengan kos dan tenaga tambahan.

"Saya bercakap mengenai pengalaman kami bersama klien. Sebaik sahaja mereka dapat kunci, mereka langsung tidak ambil kisah mengenai dokumen penting.

"Selepas berbelas tahun dan mahu menjualkan hartanah pertama, barulah muncul di firma untuk dapatkan dokumen seperti perjanjian jual beli rumah (S&P) dan lain-lain.

"Mujurlah firma kami masih menyimpan dokumen klien dan biasanya 'modus operandi' penyimpanan dokumen kami akan melupuskan dokumen berusia lebih 10 tahun.

"Ada juga kami digitalkan untuk simpanan kerana menyimpan dokumen terlalu lama boleh mengambil ruang selain berdepan kerosakan lain," katanya.

Langkah bijak pemilik hartanah

1. Menyimpan dokumen penting berkaitan seperti perjanjian jual beli hartanah, dokumen berkaitan pembiayaan hartanah dan maklumat peguam berkaitan hartanah itu.

Sikap segelintir pemilik hartanah tidak menyimpan dokumen perjanjian jual beli hartanah boleh menyukarkan urusan jual beli pada masa depan.

Selain peguam, boleh dapatkan semula perjanjian jual beli di Lembaga Pembiayaan Sektor Awam (LPPSA) bagi kes pinjaman perumahan kerajaan.

Ia dengan menghantar surat permohonan kepada pihak LPPSA.

Bagi pembeli yang membuat pinjaman dengan bank, boleh dapatkan salinan perjanjian daripadanya selain peguam.

Seterusnya cara terakhir adalah cuba mendapatkannya daripada pemaju (rumah baru) dan pemilik asal jika rumah sekunder ('sub sale').

2. Perlu langsaikan penukaran nama berkaitan bil utiliti seperti elektrik dan air selain cukai berkaitan hartanah jika ia sudah dijual atau dipindah milik.

Urusan remeh tetapi kerap diabaikan menyebabkan ada pemilik lama menanggung tunggakan utiliti mencecah ribuan ringgit.

Sesetengah pembeli rumah pertama beranggapan apabila kunci sudah diserah, duit sudah dibayar maka semuanya sudah selesai.

Hakikatnya, urusan penukaran nama terutama utiliti, cukai pintu dan lain-lain perlu disemak dan diselesaikan sebelum serahan kunci.

Prosedur biasanya perlu salinan perjanjian jual beli, salinan kad pengenalan, resit cukai pintu dan bil lain terkini. Jika penukaran gagal, proses lain ialah pemotongan elektrik.

3. Tidak menyelesaikan cukai dan insurans berkaitan

Ramai pemilik rumah pertama tidak mengambil berat mengenai terma insurans berkaitan hartanah itu menyebabkan mereka kurang sedar hak sendiri.

Insurans perlu diteliti terma mengikut polisi supaya sebagai pemilik mengetahui hak anda.
May 28, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Stronger focus on market research for members

Stronger focus on market research for members

Johnny said his vision also includes a stronger focus on market research and data-driven...

May 28, 2025
Teliti sebelum terima

Teliti sebelum terima

Ramai beranggapan antara kaedah cepat dan pantas untuk mendapatkan tunai segera menerusi...

May 28, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 230,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Off Jalan Kampung Jawa, Pahang

RM 207,000

[Next to SkyArk Event Spaces] Service Apartment with spacious balcony [5 min to Kampung Batu MRT / KTM Station]

[Next to SkyArk Event Spaces] Service Apartment with spacious balcony [5 min to Kampung Batu MRT / KTM Station]

Residensi Lakeville, Kuala Lumpur

RM 800,000

Find Auction Property