AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Beli rumah lebih untung


TEMPOH bayaran balik pinjaman kenderaan berharga RM300,000 hanyalah sembilan tahun sedangkan untuk kediaman pada harga sama, ia melebihi 30 tahun.

Pasti anda timbul persoalan mengapakah perbezaan tempoh pembiayaan itu boleh berlaku?

Jawapannya mudah iaitu institusi kewangan mengambil kira aspek peningkatan nilai dan jaminan aset untuk menawarkan tempoh pembiayaan yang berbeza antara pinjaman kenderaan dengan hartanah, meskipun harga kedua-duanya mungkin sama.

Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim, tempoh tawaran pembiayaan oleh institusi kewangan bagi pinjaman perumahan dan kenderaan berbeza walaupun kedua-duanya di bawah kategori aset.

Ini kerana kata Dr Mohd Faisol, rumah adalah aset yang bernilai dan boleh meningkat setiap tahun, manakala kenderaan pula aset yang sentiasa mengalami susut nilai dari tahun ke tahun.

Tambahnya, nilai sesebuah unit perumahan juga mahal dan memerlukan tempoh bayaran balik yang lama supaya bayaran bulanan peminjam tidak terlalu tinggi dan membebankan kewangan pembeli.

"Sebaliknya tempoh pembiayaan kenderaan pula agak singkat kerana harga kereta lebih murah dan ia tidak memerlukan tempoh yang terlalu panjang untuk bayaran balik pinjaman kerana kemampuan kewangan pembeli berdasarkan harga kereta.

"Kaedah pengiraan kadar faedah dan keuntungan pinjaman kenderaan juga jauh berbeza dengan pinjaman gadai janji kerana syarat kontrak bagi dua jenis pinjaman itu adalah berbeza," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Faisol berkata, bagi pembeli yang mempunyai lebihan kemampuan kewangan yang tinggi, mereka juga boleh membuat pembiayaan dengan bank dalam tempoh singkat seperti sembilan tahun.

Namun, kata beliau, bilangan pembeli seperti itu di negara ini tidaklah begitu ramai.

Ini kerana tempoh bayaran yang pendek bagi pinjaman perumahan akan menyebabkan ansuran bulanan juga menjadi lebih tinggi.

"Begitulah sebaliknya, tetapi ada juga pembeli yang sanggup membayar deposit rumah dengan jumlah yang sangat tinggi.

"Ia supaya ansuran bulanan dalam tempoh yang pendek itu dapat dikurangkan dan tidak menjadi bebanan kepada pembeli serta masih di bawah kemampuan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Faisol berpendapat, ada baiknya jika tempoh pembiayaan pinjaman perumahan dilakukan dalam tempoh yang panjang supaya bayaran bulanan menjadi rendah selain tidak membebankan dan meminimumkan risiko.

Ini memandangkan harga rumah juga akan meningkat dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, seandainya hartanah itu mempunyai harga pasaran yang tinggi, maka pembeli boleh mengaut keuntungan dengan menjualnya untuk mendapatkan modal baharu bagi membeli rumah lain yang difikirkan lebih menarik, luas, strategik dan sebagainya.

Bagaimanapun, disebabkan pembiayaan perumahan membabitkan tempoh masa yang lama, maka ia itu juga terdedah kepada perubahan Kadar Dasar Semalam (OPR).

"Sekiranya OPR meningkat, ia juga menyebabkan ansuran bulanan akan meningkat berbanding sebelumnya, Jika OPR menurun maka bayaran bulanan juga akan menjadi lebih murah dan menguntungkan pembeli.

"Namun, bagi mereka yang memilih kadar keuntungan yang bersifat tetap, bayaran tidak akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan walaupun OPR berubah.

"Sebaliknya jika pembeli memilih caj keuntungan atau faedah yang bersifat berubah, maka perubahan OPR akan mempengaruhi ansuran bulanan mereka kepada pihak bank," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Faisol turut menasihatkan golongan muda supaya berusaha untuk mendapatkan rumah terlebih dahulu sebelum berhabis dengan kereta mahal.

Ini kerana seperti yang semua sedia maklum, kenderaan setiap tahun akan mengalami susut nilai berbanding aset kediaman.

Kata Dr Mohd Faisol lagi, jika golongan muda baharu hendak membina hidup dan kerjaya, memadailah sekadar memiliki kereta biasa yang murah sahaja.

Jika tidak mempunyai komitmen yang tinggi, digalakkan juga untuk anak muda membeli lebih dari satu unit rumah supaya ia dapat dijadikan aset dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang atau dalam bentuk aliran tunai seperti sewaan.

"Banyakkan lagi jenis aset ketika muda sebelum anda mempunyai banyak komitmen lain.

"Elakkan pembaziran dan penuhi keperluan hidup berbanding kehendak kerana kedua-duanya sering disalah tafsir golongan muda.

"Mereka menganggap kehendak itu adalah keperluan yang perlu dipenuhi terlebih dahulu untuk keselesaan hidup normal sedangkan ia lebih kepada kepuasan diri semata-mata ," katanya.
June 4, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Ambil berat ukuran tanah

Ambil berat ukuran tanah

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa isu berkaitan pertikaian persempadanan tanah...

June 11, 2025
Enact child safety laws for high-rise residential buildings, says Suhakam

Enact child safety laws for high-rise residential buildings, says Suhakam

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) has called for the enactment of specific laws...

June 11, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 230,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Kampung Padang, Pahang

RM 160,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Off Jalan Kampung Jawa, Pahang

RM 207,000

Find Auction Property