AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Persepsi hartanah


Sekali imbas, pasaran hartanah kediaman di Malaysia ketika ini mungkin kelihatan stabil dan tenang.

Namun, di sebaliknya, sedang berlaku transformasi perubahan asas dalam cara rakyat Malaysia memahami aspek pemilikan hartanah.

Pembeli hari ini dikatakan lebih berwaspada, teliti dan peka terhadap isyarat ekonomi.

Pengurus Negara Malaysia, PropertyGuru dan iProperty, Kenneth Soh berkata, keadaan itu dipengaruhi ketidaktentuan global, kewaspadaan domestik dan jurang yang semakin melebar antara harga tawaran serta jangkaan pembeli.

Keadaan itu bagaimanapun bukanlah bermaksud penarikan diri daripada pasaran, tetapi penyesuaian semula.

Kata Soh, rakyat Malaysia masih membeli, tetapi dengan tujuan dan penelitian yang lebih mendalam.

Katanya, berdasarkan Laporan Ringkasan Pasaran Hartanah Suku Pertama 2025 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), pembinaan kediaman meningkat sebanyak 30.2 peratus dari tahun ke tahun, satu petunjuk keyakinan daripada pemaju.

Namun, jumlah dan nilai transaksi masing-masing menurun sebanyak 6.2 peratus dan 8.9 peratus, menunjukkan ketidaksepadanan yang semakin ketara antara penawaran dan permintaan.

"Perubahan ini bukan berpunca daripada kelemahan ekonomi kerana dengan kadar dasar semalaman kekal pada 3.0 peratus dan inflasi menurun kepada 1.4 peratus pada April, asas ekonomi Malaysia masih kukuh.

"Tetapi pembeli kini lebih berhati-hati berbanding terdorong oleh sentimen optimistik.

"Isyaratnya jelas, kemampuan memiliki rumah hari ini bukan sekadar mengenai soal harga tetapi dinilai berdasarkan persepsi terhadap nilai yang ditawarkan," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Kata Soh lagi, terdapat perbezaan antara penawaran kediaman semasa dan keutamaan pembeli yang semakin ketara di beberapa kawasan utama.

Di Kuala Lumpur, kediaman bertingkat tinggi mengalami penurunan paling ketara, dengan harga susut sebanyak 7.3 peratus dari suku ke suku, penurunan tertinggi dalam kalangan jenis hartanah.

Selain itu, menurut data NAPIC juga, lebihan bekalan meningkat sebanyak 14.8 peratus dari tahun ke tahun.

Data pihaknya bagi April lalu menunjukkan pasaran kondominium mula stabil, dengan hanya penurunan kecil permintaan sebanyak 0.7 peratus.

Katanya, Selangor pula memaparkan trend yang berbeza.

"Berdasarkan data NAPIC, jurang harga semakin melebar dalam segmen apartmen dan kediaman perkhidmatan.

"Lebihan bekalan menurun hampir 40 peratus tahun ke tahun, menunjukkan pergerakan positif dalam kalangan rumah yang praktikal dan berpatutan.

"Dalam kebanyakan segmen, aktiviti pasaran kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan," katanya.

Dalam pada itu, Pulau Pinang terus menarik perhatian, terutamanya dalam segmen kondominium.

Data PropertyGuru Malaysia bagi April lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 9.1 peratus dalam tontonan senarai kondominium, didorong pembangunan infrastruktur seperti projek transit aliran ringan (LRT) Laluan Mutiara yang dirancang.

Namun, data NAPIC menunjukkan penurunan dalam transaksi bagi rumah berharga melebihi RM1 juta, mencerminkan peningkatan penolakan terhadap harga premium.

Johor pula semakin menjadi pasaran yang menguji kesabaran pembeli apabila harga terus meningkat.

NAPIC melaporkan peningkatan 8.7 peratus dalam harga hartanah bertingkat tinggi bagi Suku Pertama 2025.

Selaras dengan itu, data turut menunjukkan penurunan 19.5 peratus dalam minat terhadap kediaman berperkhidmatan berbanding tahun sebelumnya, dengan tontonan keseluruhan untuk hartanah kediaman bertingkat juga menunjukkan trend menurun.

Permintaan untuk hartanah bertanah turut mencatatkan penurunan dari tahun ke tahun.

Bagaimanapun, penurunan dalam indeks permintaan bukan bermaksud pembeli menghilang sebaliknya, mereka kini lebih selektif dalam membuat keputusan.

Kata Soh, berdasarkan April lalu, tontonan untuk apartmen merosot sebanyak 14.1 peratus manakala rumah berkembar menurun 21.4 peratus dari tahun ke tahun.

Namun, jenis hartanah yang bijak mengimbangi harga, lokasi dan gaya hidup terus menarik minat malah ada yang menunjukkan peningkatan permintaan.

Selangor misalnya, permintaan untuk rumah teres terus mencatat prestasi kukuh, dengan permintaan meningkat 2.7 peratus dan lebihan bekalan merosot sebanyak 40 peratus.

Ini menunjukkan keselarasan sihat antara penawaran dan kehendak sebenar pembeli.

Di Pulau Pinang pula, minat terhadap kondominium melonjak 9.1 peratus dari tahun ke tahun, disokong oleh peningkatan sambungan pengangkutan dan harga yang lebih kompetitif.

Ia secara tidak langsung mencerminkan impak positif daripada projek infrastruktur seperti LRT Laluan Mutiara yang bakal dibina.

Sementara itu di Johor, keadaannya lebih kompleks, data NAPIC menunjukkan peningkatan 3.2 peratus dalam Indeks Harga Keseluruhan Perumahan dari tahun ke tahun, didorong hartanah bertingkat tinggi dan rumah teres.

Namun, pertumbuhan harga itu dilihat menjejaskan sentimen pembeli dengan permintaan menurun menunjukkan kebimbangan terhadap kemampuan memiliki rumah.

Perubahan itu turut membawa mesej penting bahawa pembeli tidak keluar dari pasaran, mereka hanya lebih berhati-hati dan memberi tumpuan kepada nilai sebenar.

Pendekatan lama yang menumpukan kepada jumlah unit atau segmen premium kini diimbangi semula untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin peka terhadap nilai.

Ia bergantung pada penetapan harga yang realistik terutamanya dalam julat harga RM500,000 hingga RM800,000 yang kekal kukuh.

Hartanah dalam lingkungan itu terus mendapat sambutan terutamanya jika mempunyai akses pengangkutan yang baik serta persekitaran hidup yang direka bentuk dengan baik dan selesa.

Selain itu, pembangunan berorientasikan transit dan komuniti dengan ruang hijau juga kini menjadi pilihan utama jangka panjang pembeli.

Ini kerana pembeli hari ini lebih teliti meluangkan masa untuk membuat kajian, perbandingan dan mendapatkan nasihat sebelum membeli.

Apapun dalam era pemilikan yang lebih terancang ini, pembangunan yang selari dengan permintaan berasaskan nilai melalui harga berpatutan serta berdaya huni dan kebolehcapaian akan lebih menonjol dalam pasaran.
July 9, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Minimalism key to mental well-being, say experts

Minimalism key to mental well-being, say experts

In today’s fast-paced, high-pressure world, the minimalist lifestyle is being touted as an effective way

July 9, 2025
Rising ESG adoption in real estate sector

Rising ESG adoption in real estate sector

Property experts are seeing a rise in environmental, social and governance (ESG) adoption

July 9, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kampung Sri Kinta, Perak

RM 250,000

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Taman Desa Penaga, Kedah

RM 700,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Off Jalan Bukit Sekilau, Pahang

RM 700,000

Find Auction Property