AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Cukai rumah kosong


CUKAI kekosongan adalah cukai dikenakan kerajaan terhadap pemaju hartanah yang tidak dapat menjual rumah siap mereka selama tempoh tertentu.

Kadar cukai itu ialah kira-kira satu peratus daripada nilai pasaran rumah yang sudah siap, tetapi masih belum dapat dijual kepada pembeli.

Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia Profesor Dr Ismail Omar berkata, cukai berkenaan sudah dicadangkan beberapa tahun lalu untuk mengurangkan rumah tidak terjual di pasaran, tetapi tidak dapat dilaksanakan.

Menurutnya, ia (cukai kekosongan) wajar dikenakan kepada pemaju kerana boleh mendidik mereka supaya lebih berhati-hati melaksanakan pembangunan hartanah.

"Tujuannya supaya tidak berlaku lebihan penawaran berbanding permintaan di pasaran. Dilaporkan ada kira-kira RM20 bilion rumah tidak terjual di pasaran hartanah di negara ini," katanya.

Jelasnya, lebihan penawaran ini boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi apabila berlaku pasaran hartanah merudum.

"Jadi, bagi mengelak keadaan yang tidak sihat ini, salah satu langkah menanganinya adalah melalui pengenaan cukai kekosongan.

"Bagaimanapun, pengenaan cukai kekosongan hanya dibuat terhadap pemaju bukan pembeli atau penjual hartanah (buat permulaan)," katanya.

Beliau berkata, sudah tentu dengan kadar cukai yang sangat rendah, cukai itu tidak berupaya menyelesaikan semua masalah rumah tidak terjual dan tidak berpenghuni. Jauh sekali menurunkan harga rumah.

"Sebenarnya ada banyak faktor yang berupaya mengatasi masalah rumah tidak laku di pasaran.

"Salah satu faktor utama adalah pemilihan lokasi dibuat pemaju di lokasi kurang strategik akibat tiada penyediaan laporan dan kajian kebolehlaksanaan atau kajian pasaran yang diwajibkan kerajaan.

"Begitu pun, cukai kekosongan boleh mendidik pemaju supaya lebih berhati-hati dalam membina rumah," katanya.

Katanya, ada juga pemaju yang sengaja kurang bersungguh-sungguh menjalankan promosi untuk menjual rumah mereka.

"Mereka tahu apa pun yang berlaku, harga rumah akan terus meningkat setiap tahun. Mungkin juga kerajaan boleh membantu 'bail out' atau memberi insentif kepada pembeli kemudian," katanya.

Dr Ismail berkata, sebaik-baiknya cukai kekosongan hanya dikenakan terhadap rumah mewah yang berharga RM500,000 ke atas dan rumah di kawasan bandar raya utama seperti Kuala Lumpur sahaja.

Tambahnya, bagi rumah mampu milik yang berharga kira-kira RM300,000 sepatutnya diberi tempoh kekosongan agak panjang seperti tiga tahun dan sebagainya.

"Begitu juga dengan kawasan pembangunan yang boleh dikatakan ada permintaan tinggi," katanya.

Ditanya berapa kadar cukai kekosongan yang sesuai ditetapkan sekiranya dilaksanakan di Malaysia, beliau menjelaskan kadar itu adalah satu peratus daripada nilai pasaran hartanah.

"Kadar ini sudah memadai seperti yang dilaksanakan di luar negara.

"Tujuan utama cukai kekosongan ini dikenakan untuk meredakan masalah rumah tidak laku.

"Sepatutnya ia tidak menaikkan harga rumah kecuali jika disalah guna atau pemaju melambat-lambatkan promosi rumah mereka.

"Justeru, kerajaan perlu melaksanakan cukai kekosongan ini dengan cara yang amat berkesan melalui kajian mendalam," katanya.
July 30, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property