AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

OPR turun lagi


KADAR Dasar Semalaman (OPR) ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Dalam operasi harian, rizab wang tunai bank berubah-ubah, bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank serta deposit dan pengeluaran wang yang dibuat pelanggannya.

Pada 9 Julai lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penurunan OPR kepada 2.75 peratus.

Apabila OPR diturunkan, kadar faedah pinjaman perumahan APR (Annual Percentage Rate) juga menurun.

Bermakna pinjaman perumahan dan ansuran bulanan menjadi lebih rendah. Sekali gus memberi peluang pembeli memiliki hartanah dengan kos lebih rendah. Situasi itu juga membuatkan ramai pembeli rumah tertanya-tanya, adakah sekarang masa yang tepat untuk membeli hartanah?

Bagaimanapun, keputusan untuk membeli rumah sebenarnya membabitkan lebih daripada sekadar OPR yang rendah.

Beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan besar ini.

1) Kadar faedah lebih rendah
Penurunan OPR kepada 2.75 peratus memberi kesan langsung kepada kadar faedah pinjaman rumah.

Bagi pembeli rumah pertama umpamanya, ini adalah peluang terbaik untuk menikmati kadar pinjaman lebih rendah.

2) Permintaan pasaran hartanah meningkat
Kadar faedah pinjaman yang lebih rendah menjadikan hartanah lebih mampu untuk dimiliki, membawa kepada peningkatan permintaan dalam pasaran.

Mungkin juga harga rumah di sesetengah lokasi akan naik khususnya di kawasan yang popular.

Sekiranya anda bercadang membeli rumah, pastikan bertindak segera sebelum harga hartanah meningkat lebih tinggi.

3) Kestabilan kewangan jangka panjang
Walaupun OPR yang rendah memberi peluang membeli rumah, namun anda perlu pastikan bahawa keputusan itu berdasarkan kestabilan kewangan jangka panjang.

Anda juga perlu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bayaran pendahuluan (down payment) dan perbelanjaan bulanan.

Perlu juga difahami, pinjaman perumahan dengan kadar 'faedah mengambang' (floating rate) mungkin memberi kelebihan sementara apabila kadar OPR rendah, tetapi jika kadar faedah meningkat pada masa hadapan, ini boleh meningkatkan ansuran bulanan anda.

4) Jenis hartanah dan lokasi
Lokasi dan jenis hartanah yang ingin dibeli juga antara faktor penting dalam keputusan pembelian.

Biarpun OPR rendah, namun harga rumah di kawasan tertentu mungkin sudah tinggi dan tidak banyak berubah. Anda perlu memilih lokasi yang berpotensi untuk berkembang dan sesuai dengan keperluan anda.

Jika ingin jadikannya sebagai pelaburan, pastikan kawasan berkenaan mempunyai prospek pertumbuhan yang baik termasuk kemudahan awam baik, akses kepada pengangkutan dan kemudahan sosial yang semakin berkembang.

5) Risiko inflasi dan kenaikan kos bahan binaan
Sementara OPR yang lebih rendah menjadikan pinjaman lebih murah, kos bahan binaan dan inflasi mungkin boleh memberi impak terhadap harga rumah.

Ini kerana kenaikan harga bahan binaan boleh meningkatkan kos pembangunan hartanah dan akhirnya memberi kesan kepada harga jual rumah itu sendiri.
July 30, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

RPGT: Property transfer must be reported to LHDN within 60 days

RPGT: Property transfer must be reported to LHDN within 60 days

Both parties involved in any property ownership transfer transactions in Malaysia are required to report to the (HASiL)

September 10, 2025
Cakna status hak milik

Cakna status hak milik

Pemilik selalu hanya memberi fokus terhadap komitmen ansuran bulanan dan nilai hartanah berbanding isu terpencil lain

September 10, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

RPT Batu 5, Perak

RM 260,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Bandar Kuantan Putri, Pahang

RM 226,000

Find Auction Property