AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Lokasi yang strategik


SATU kajian sentimen pasaran hartanah dilakukan portal hartanah tempatan mendapati sebahagian besar bakal pembeli rumah masih memilih hartanah baharu sebagai kediaman pilihan pertama.

Faktor itu didorong insentif dan inisiatif pemaju selain strategi jualan hartanah baharu yang agresif mensasarkan prospek pembeli adalah dari golongan pembeli muda serta berpendapatan sederhana.

Sedangkan segmen bagi pasaran hartanah sekunder (sub sale) pula menjangkakan pemilik hartanah menawarkan harga jualan yang tinggi bagi menjana keuntungan.

Bagi kebanyakan pembelian hartanah sekunder 'genuine' adalah untuk mendapatkan laba kerana ia pelaburan selepas dibeli.

Dalam memahami mekanisme yang dapat membantu meningkatkan nilai pasaran hartanah sekunder kata Perunding Hartanah, Shukri Zohari, pemilik perlu memahami senario dalam pasaran hartanah.

Katanya, terdapat banyak faktor menyumbang kepada naik dan turun harga hartanah termasuklah dalam pasaran hartanah sekunder.

"Pemilik hartanah perlu cakna berkenaan pasaran hartanah itu sendiri adalah berdasarkan permintaan dan penawaran.

"Lagi tinggi permintaan sesuatu kawasan atau semakin tinggi transaksi di kawasan terbabit, lebih cenderung hartanah di kawasan itu untuk harganya terus meningkat," katanya.

Beliau turut menjadi faktor lokasi yang strategik selalu menjadi 'selling point' untuk pemilik atau ejen hartanah menarik pembeli atau pelabur hartanah.

"Permintaan yang tinggi selalunya lokasi hartanah itu terletak di kawasan strategik. Akses mudah untuk ke kemudahan dan infrastruktur termasuklah lebuh raya, hospital, sekolah dan tempat kerja menjadikan permintaan tinggi dan harga juga meningkat.

"Faktor-faktor lain termasuklah persekitaran dan keselamatan membabitkan kawasan hartanah itu terjaga selain komuniti yang baik menentukan harga pasaran juga tinggi.

"Dalam kes hartanah sekunder, jika faktor itu ada pada hartanah mereka (pemilik asal), boleh dapatkan harga baik untuk hartanah mereka;" katanya.

Hal yang sama juga berlaku dalam kes penurunan atau harga pasaran yang rendah membabitkan hartanah sekunder.

Kata Shukri, sentimen negatif seperti kawasan hartanah adalah kawasan banjir, lokasi kadar jenayah tinggi juga boleh memberi impak kepada nilai hartanah.

"Rumah sekunder untuk kes tertentu yang biasanya dijual lebih rendah kerana pemilik itu sendiri mahu melepaskan aset hartanah pada nilai rendah selain terdesak.

"Satu lagi yang mungkin orang tahu nilai rumah sekunder murah disebabkan keadaan fizikal rumah itu teruk dan memerlukan kos tinggi untuk membaik pulih sebelum sedia didiami," katanya.

Bagi pembeli yang mahu mendapatkan kadar harga jualan atau nilai yang baik, beliau menyarankan mereka perlulah melakukan penyelidikan.

"Bagi pemilik yang mahu mendapatkan gambaran tepat mengenai nilai pasaran hartanah sebelum mereka menjual, boleh menggunakan beberapa kaedah.

"Cara mudah tetapi menelan modal ialah dengan mendapatkan Laporan Penilaian Hartanah oleh penilai profesional.

"Mereka boleh memberikan nilai hartanah yang lebih tepat. Namun, pendapat setiap penilai hartanah adalah berbeza.

"Pemilik juga akan menghadapi dilema apabila dapat nilai hartanah yang berbeza dari penilai yang berlainan.

"Kaedah lazim ialah dari ejen hartanah yang biasa menjual hartanah di kawasan hartanah terbabit.

"Ejen mengetahui menerusi permintaan dan penawaran semasa sesuatu hartanah," katanya.

Beliau tidak menafikan kaedah lain ialah dengan merujuk portal hartanah yang ada di pasaran.

Cuma di portal, ada harga yang diletakkan mungkin tidak boleh dipercayai dan ia mungkin sekadar gimik untuk ejen mendapatkan penjual atau pembeli, sedangkan harga sebenar mungkin berlainan daripada disiarkan.

Saranan Shukri, bagi membolehkan pemilik hartanah mendapat nilai harga jualan yang lebih baik, terdapat beberapa langkah boleh diambil pemilik hartanah sekunder.

Berikut antara saranan beliau:
1. Cara paling mudah adalah selenggara rumah dengan baik. Rumah yang kemas, bersih dan sejuk lebih mudah dijual. Pastikan isu berkaitan masalah perpaipan dan pendawaian elektrik dalam rumah diselenggara dengan baik.

2. Pemilik boleh lakukan kerja mengecat semula dengan pilihan warna cerah. Pembeli hartanah lebih tertarik dengan latar rumah berwarna cerah seperti krim, putih atau warna cerah yang lain.

3. Wujudkan ruangan tambahan seperti loteng yang boleh digunakan, balkoni bertutup, sengkuap atau stor tambahan memainkan peranan penting.

4. Lakukan pengubahsuaian yang bukan hanya untuk cantik tetapi praktikal. Contoh, ubahsuai bahagian dapur dengan menambah kabinet dapur, almari dan siling plaster.
August 6, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

The July Auction Carnival 2025, held in conjunction with NCM Co’s 38 Years of Auction Excellence

July 30, 2025
OPR turun lagi

OPR turun lagi

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan

July 30, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Mega Tas, Pahang

RM 350,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

RPT Batu 5, Perak

RM 260,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Off Jalan Bukit Sekilau, Pahang

RM 700,000

Find Auction Property