AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah selepas pencen



BAGI kebanyakan rakyat negara ini terutama yang berkhidmat di bandar raya, impian untuk 'balik kampung' dan membina rumah sendiri selepas pencen sering menjadi matlamat jangka panjang.

Ia mendorong ramai mula mengumpul dana seawal usia 30-an demi merealisasikan impian berkenaan.

Namun, persoalannya adakah membina rumah selepas pencen satu langkah bijak atau sekadar impian nostalgia yang membebankan?

Salah satu hujah utama yang menyokong hasrat membina rumah sendiri selepas bersara adalah faktor kos sara hidup lebih rendah di luar bandar.

Tambahan pula, mereka yang memiliki tanah sendiri boleh menjimatkan kos besar daripada membeli rumah mahal di kawasan bandar.

Namun, kenaikan harga bahan binaan dan upah buruh sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan kos pembinaan jauh lebih tinggi berbanding dahulu.

Menurut data industri, harga binaan rumah satu tingkat bersaiz sederhana kini boleh mencecah lebih RM200,000, tidak termasuk kos tambahan seperti pagar, saliran dan landskap.

Bagi pesara yang bergantung kepada wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen bulanan, ia adalah satu pelaburan besar yang perlu difikir dengan teliti.

Ini kerana proses membina rumah tidak berlaku dalam sehari, ia memerlukan masa, tenaga, pemantauan rapi dan komunikasi berterusan dengan kontraktor.

Bagi individu yang mencecah usia 60-an dan ke atas, ia boleh menjadi proses yang memenatkan secara fizikal dan emosi, terutama jika menghadapi masalah kesihatan.

Ada juga kes di mana pesara hanya sempat mendiami rumah baru selama beberapa tahun sebelum menghadapi kesukaran mengurus diri atau terpaksa berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan fasiliti kesihatan.

Satu lagi aspek penting yang sering terlepas pandang ialah hubungan antara pesara dengan anak-anak.

Ada pesara yang mahu membina rumah besar dengan harapan anak-anak kerap pulang, namun realitinya berbeza.

Anak-anak yang bekerja di bandar biasanya jarang dapat pulang menyebabkan rumah besar yang dibina akhirnya sunyi dan sepi.

Malah, tidak sedikit yang terpaksa menjual semula rumah kerana tidak mampu menyelenggaranya.

Namun, ini tidak bermakna membina rumah selepas pencen adalah keputusan yang salah.

Ia boleh menjadi langkah bijak dan membahagiakan jika dilakukan dengan perancangan teliti.

Jika seseorang pesara itu sudah bebas daripada hutang, mempunyai simpanan mencukupi untuk sara hidup dan kecemasan, memiliki tanah sendiri serta kesihatan dengan sokongan keluarga yang baik, maka membina rumah untuk bersara dengan tenang adalah satu pencapaian yang wajar dibanggakan.

Apa pun, dalam membuat keputusan besar seperti ini, emosi dan nostalgia tidak boleh menjadi satu-satunya panduan.

Sebaliknya, perancangan kewangan perlu realistik dan komunikasi dengan keluarga serta kesedaran berkenaan keperluan masa hadapan adalah kunci utama.

Rumah impian tidak semestinya besar atau mewah, yang penting ia selesa, praktikal dan memberi ketenangan jiwa kepada pemiliknya.

Ini kerana rumah yang terbaik bukan yang paling besar, tetapi yang paling sesuai untuk kehidupan kita selepas bersara.
August 13, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Tukar Status Hartanah: Pentingnya Mendapat Kelulusan Pihak Berkuasa

Tukar Status Hartanah: Pentingnya Mendapat Kelulusan Pihak Berkuasa

Ramai masih kurang jelas berkaitan status hartanah apartmen servis yang memiliki status hartanah komersial...

December 9, 2025
Tujuh kesilapan sering dibuat pembeli rumah kali pertama

Tujuh kesilapan sering dibuat pembeli rumah kali pertama

Pembelian rumah pertama merupakan antara keputusan kewangan paling besar...

December 3, 2025

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Setali Intan, Pahang

RM 440,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

Apartment

Apartment

R/P Bandar Bukit Tinggi 2, Selangor

RM 190,000

Find Auction Property