AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

OPR turun, permohonan pinjaman rumah dijangka meningkat - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Permohonan pinjaman hartanah dijangka kembali berkembang lebih kukuh pada separuh kedua 2025 memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada bulan lalu.

Penganalisis MBSB Research, Jessica Low Jze Tieng berkata, secara kumulatif, jumlah permohonan pinjaman untuk enam bulan pertama 2025 adalah berjumlah RM311.9 bilion, meningkat 1.5 peratus tahun ke tahun.

Beliau berkata, pertumbuhan kecil itu menunjukkan minat pembelian hartanah masih kekal baik, memandangkan terdapat pertumbuhan yang lebih baik iaitu 4.9 peratus pada tahun lalu.

Katanya, mengikut bulan pula, pada Jun 2025, data yang dikeluarkan oleh BNM juga menunjukkan jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah kekal mendatar pada RM52.5 bilion selepas mencatat penurunan 3.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2025.

"Secara berurutan, jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah menurun 6.9 peratus bulan ke bulan pada Jun 2025, iaitu penurunan pertama dalam tempoh lima bulan.

"Kami berpandangan, kelembapan permohonan pinjaman pada Jun 2025 mungkin disebabkan oleh cuti sekolah yang mengurangkan aktiviti permohonan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Mengulas lanjut, Jze Tieng berkata, pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah menurun 4.3 peratus tahun ke tahun dan 14.7 peratus suku ke suku kepada RM22.3 bilion pada Jun 2025.

Beliau berkata, penurunan itu terutamanya berpunca daripada nisbah kelulusan yang lebih rendah, iaitu 42.5 peratus pada Jun 2025 berbanding 44.2 peratus pada Jun 2024 dan 46.4 peratus pada Mei 2025.

Secara kumulatif katanya, jumlah pinjaman yang diluluskan dalam separuh pertama 2025 sedikit rendah pada RM133.2 bilion (-0.7 peratus tahun ke tahun).

"Namun begitu, kami berpendapat pinjaman yang diluluskan dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang, seiring dengan jangkaan pertumbuhan lebih kukuh dalam permohonan pinjaman berikutan pemotongan OPR, katanya.
August 27, 2025
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property