AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Cukai untung lupus aset


HARTANAH antara aset yang semakin lama dimiliki semakin meningkat nilainya terutama yang terletak dalam kawasan strategik dan perbandaran matang.

Malah, nilainya boleh mencanak apabila disokong dengan kestabilan politik dan ekonomi negara, menjadikan pasaran hartanah di Malaysia sebagai pilihan pelabur terutama di rantau Asia.

Tidak hairanlah prospek hartanah dilihat satu bentuk pelaburan yang memberi keuntungan berlipat kali ganda dan menjadi antara industri penyumbang kepada cukai negara.

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT) bukan hanya menjana pendapatan negara, tapi ia turut dilihat sebagai mekanisme membantu mencapai keseimbangan pasaran hartanah daripada didominasi kelompok tertentu.

CHKT adalah cukai yang dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada keuntungan daripada pelupusan hartanah termasuk rumah, bangunan komersial, tanah kosong dan ladang.

Cukai itu akan dikenakan terhadap pelupus atau pemilik pada tahun taksiran apabila berlaku transaksi atau jualan hartanah terbabit.

Tanpa mengira status kediaman Malaysia, cukai yang sama dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan aset bercukai.

Namun, dalam senario tertentu, CKHT boleh dikecualikan dan itu juga satu kaedah membantu merancakkan industri hartanah terkesan dengan implikasi ekonomi yang buruk contoh ketika pandemik Covid -19.

Untuk rekod, CKHT sudah diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Terdapat beberapa pengecualian bagi CKHT berdasarkan terma tertentu seperti penjualan hartanah yang diterima sebagai harta warisan, hartanah dibeli sebelum tahun 2013 dan penjualan hartanah untuk tujuan tertentu seperti projek ambil alih oleh kerajaan.

Kini, CKHT bagi tahun 2025, selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Cukai Keuntungan Harta Tanah (STS CKHT), menetapkan tanggungjawab pelupus dan pemilik hartanah perlu melaporkan keuntungan daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai di Malaysia oleh LHDN.

Kegagalan mengisytiharkan pendapatan atau keuntungan berisiko dengan sabitan kesalahan termasuklah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pengiraan kadar CKHT bergantung kepada tahun taksiran atau tahun jualan hartanah:

1. Jualan dalam tempoh tiga tahun- Kadar cukai ialah 30 peratus
Jika pemilik mahu menjual hartanah dalam tempoh tiga tahun selepas pembelian, setiap keuntungan yang diperoleh dikenakan cukai sebanyak 30 peratus.

2. Jualan dalam tempoh empat hingga lima tahun
Kadar cukai dikenakan ialah 20 peratus. Jika jualan hartanah berlaku dalam tempoh empat hingga lima tahun, kadar cukai yang dikenakan adalah 20 peratus.

3. Jualan dalam tempoh enam tahun dan seterusnya kadar cukai ialah 10 peratus
September 10, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Sub-RM500,000 housing market remains resilient

Sub-RM500,000 housing market remains resilient

The affordable housing market is expected to remain sturdy over the near term...

October 29, 2025
Hak pembeli hartanah dilindungi dengan CCC

Hak pembeli hartanah dilindungi dengan CCC

Sesuatu hartanah itu selamat untuk diduduki dan dihuni selepas ia disahkan menerusi CCC...

October 29, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 200,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Bandar Kuantan Putri, Pahang

RM 226,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

RM 3,200,000

Find Auction Property