AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Unit atas jadi buruan


MENGAPA harga rumah bertingkat tinggi (high-rise) menjadi semakin mahal apabila unitnya lebih tinggi, sedangkan saiz rumah adalah sama?

Itu antara persoalan yang sering timbul berkenaan rumah bertingkat tinggi seperti apartmen dan kondominium.

Pakar Hartanah Erman Taib berkata, ada beberapa faktor yang mempengaruhi perkara itu.

Menurutnya, faktor pertama ialah kos pembinaan yang berbeza daripada rumah biasa.

"Pembinaan rumah bertingkat tinggi adalah lebih kompleks yang memerlukan penggunaan banyak jentera berat dan peralatan canggih untuk disiapkan dengan baik serta memenuhi syarat pematuhan.

"Selain itu, penggunaan bahan binaan berkualiti turut meningkatkan kos pembinaan," katanya.

Katanya, faktor kedua adalah nilai estetika kerana semakin tinggi unit rumah, semakin cantik pemandangannya.

"Terutama apabila rumah menghadap bangunan pencakar langit, dihiasi lampu malam bandar raya yang cantik atau pemandangan kehijauan gunung dan hutan simpan.

"Ini memberi kesan emosi kepada pemilik kerana menikmati pemandangan indah yang boleh menjadi terapi ketenangan jiwa.

"Sedangkan kelebihan ini tidak dinikmati pemilik unit yang lebih rendah," katanya.

Beliau berkata, faktor ketiga pula ialah aspek keselamatan lebih terjamin kerana aksesibiliti ke unit memerlukan tangga, lif dan tingkap tinggi.

"Ini mengurangkan risiko berlaku pecah masuk kerana kes jenayah banyak berlaku kepada unit rendah yang memudahkan akses masuk dan keluar.

"Faktor keempat pula adalah ketenangan yang hanya dinikmati penghuni unit tingkat atas kerana jauh dari jalan, kolam renang, kawasan parkir dan kawasan fasiliti bersama," katanya.

Erman berkata, tiada peraturan khusus menetapkan perbezaan harga hartanah mengikut ketinggian unit.

"Semua ini ditentukan pemaju yang meletakkan taktikal harga pada setiap projek. Ini kerana ada (pemaju) meletakkan perbezaan harga RM1,000 dan RM10,000 bagi setiap unit pada tingkat berbeza.

"Sepanjang terbabit dalam bidang hartanah, saya mendapati kebanyakan pembeli lebih berminat memilih unit rumah lebih tinggi," katanya.

Tambahnya, beliau memberikan beberapa nasihat kepada pembeli sebelum memutuskan membeli rumah strata untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari.

Katanya lagi, perkara pertama ialah mengetahui harga kemasukan rumah (entry price) yang betul bagi mengelakkan kesukaran untuk menjual semula hartanah berkenaan.

"Banyak berlaku kesilapan apabila membeli pada nilai masa depan (future value) yang terlampau tinggi.

"Nasihat kedua adalah mengetahui anggaran yuran penyelenggaraan bulanan untuk membuat persediaan kewangan bulanan yang bakal terbabit nanti.

"Pemilik hartanah strata perlu membayar yuran penyelenggaraan untuk menampung kos operasi supaya fasiliti dan kawasan bersama sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Kegagalan pemilik membayar yuran penyelenggaraan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Strata," katanya.

Beliau berkata, nasihat seterusnya adalah mengetahui kepadatan penduduk di apartmen atau kondominium.

"Ini kerana kepadatan yang rendah ada kelebihannya, namun ia boleh menyebabkan yuran penyelenggaraan menjadi lebih tinggi.

"Di samping itu menyemak maklumat berkenaan petak parkir kerana ada rumah strata tidak diperuntukkan bersama dengan unit parkir.

"Sebaliknya, pemilik perlu membayar kos tambahan iaitu beli atau sewa untuk ada petak parkir kereta sendiri," katanya.
October 1, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Bina rumah ikut lokasi, kemampuan rakyat elak hartanah 'melambak'

Bina rumah ikut lokasi, kemampuan rakyat elak hartanah 'melambak'

Sasaran menyediakan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun di bawah Dasar Perumahan Negara (DRN)

August 12, 2026
Dasar kukuh pastikan pemilikan rumah buat warga Malaysia

Dasar kukuh pastikan pemilikan rumah buat warga Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melancarkan Dasar Perumahan Negara 3.0 (DPN 3.0) 2026-2036 pada Isnin ini (10 Ogos)

August 12, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kampung Padang, Pahang

RM 140,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Kijang Indah, Penang

RM 620,000

Find Auction Property