AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Biasakan diri 'kritikal' terhadap latar belakang ejen


Membeli rumah bukan perkara main-main kerana ia membabitkan pelaburan besar, emosi dan masa yang panjang.

Dalam dunia hartanah, peranan perunding atau ejen hartanah amat penting, mereka boleh jadi penunjuk jalan atau penyebab kerugian jika tersalah pilih.

Jadi, bagaimana hendak pastikan anda bekerja dengan ejen yang betul-betul profesional dan boleh dipercayai?

Semak kelayakan dan lesen
Perunding hartanah yang sah mesti berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).

Jangan malu bertanya lesen mereka. Ejen berlesen bukan sahaja patuh undang-undang, tetapi lebih bertanggungjawab dan terikat etika profesional.

Reputasi dan pengalaman
Periksa rekod ejen berkaitan.

Pernahkah mereka uruskan jual beli hartanah yang sama dengan apa yang anda cari?

Baca testimoni pelanggan lama dan lihat jika mereka konsisten mendapat maklum balas positif.

Ejen yang berpengalaman biasanya lebih mahir menilai pasaran, tawar-menawar dan menguruskan dokumentasi dengan cekap.

Faham pasaran tempatan
Ejen yang bagus akan tahu setiap inci kawasan yang mereka uruskan, harga pasaran, trend semasa, pembangunan sekitar serta isu-isu perundangan yang mungkin timbul.

Jangan terima jawapan umum, ejen yang handal boleh beri data konkrit dan nasihat strategik.

Transaksi yang telus
Ejen profesional sentiasa telus dengan semua kos, yuran dan komisen.

Mereka akan jelaskan prosedur pembelian, syarat pinjaman, cukai serta kemungkinan risiko tersembunyi.

Jika ejen cuba sembunyi maklumat atau tergesa-gesa menutup 'deal', anggap ia sebagai amaran merah.

Komunikasi mudah dan pantas
Ejen yang baik amat responsif dan apabila ditanya, mereka cepat memberi jawapan, jelas dan jujur.

Ejen yang lambat atau mengelak untuk berkomunikasi boleh menyusahkan anda di kemudian hari, terutama apabila membabitkan dokumentasi penting atau urusan bank.

Sedia memberi nasihat, bukan sekadar jual
Ejen yang baik bukan setakat mahu menutup jualan.

Mereka akan menasihati anda berkaitan lokasi terbaik, strategi pelaburan dan apa yang patut diambil kira sebelum buat keputusan.

Jika ejen hanya fokus pada komisen semata-mata, itu tanda untuk berhati-hati.

Kemahiran tawar-menawar
Bukan semua ejen mahir untuk berunding berkaitan harga.

Ejen profesional tahu cara mendapatkan harga yang adil untuk pembeli tanpa mengorbankan integriti.

Ini penting kerana perbezaan sedikit dalam tawaran boleh menjimatkan puluhan ribu ringgit.

Buat perjanjian bertulis
Sebelum sebarang transaksi, pastikan semua urusan dengan ejen dicatat secara rasmi.

Perjanjian bertulis melindungi kedua-dua pihak dan menjelaskan tanggungjawab, komisen serta hak pembeli.

Kesimpulannya, memilih ejen hartanah yang tepat bukan hanya mengenai siapa yang boleh tunjuk rumah cantik.

Ia berkaitan integriti, pengalaman, pengetahuan pasaran dan komunikasi yang jelas.

Ambil masa menilai ejen, kerana rumah adalah pelaburan jangka panjang.

Memilih ejen yang betul boleh menyelamatkan anda daripada terjerat dengan penipuan atau kerugian besar.
December 3, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property