AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Tukar Status Hartanah: Pentingnya Mendapat Kelulusan Pihak Berkuasa


RAMAI masih kurang jelas berkaitan status hartanah apartmen servis yang memiliki status hartanah komersial dan bukannya kediaman.

Meskipun ia mirip dengan rumah bertingkat, namun unit kediaman itu dibina di atas tanah komersial.

Ia juga memiliki fasiliti seperti kediaman biasa, tetapi tertakluk kepada cukai dan syarat komersial.

Kadar utiliti juga berbeza dan ia menjadi beban kepada pemilik hartanah yang mendiami kediaman jenis ini.

Sebenarnya, terdapat pilihan untuk pemilik hartanah itu membuat permohonan pertukaran status.

Permohonan daripada status asal tanah berstatus komersial atau 'komersial-strata' kepada kediaman perlu menerusi pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah negeri untuk tukar status guna.

Kelulusan meliputi kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Pejabat Tanah Negeri dan Jabatan Perancang Bandar & Desa.

Ia meliputi kelulusan perancangan bandar (zoning/guna tanah) dan mesti selaras dengan penggunaan seperti yang diminta.

Selain itu, permohonan itu mesti selari dengan pematuhan undang-undang perumahan andai ia unit strata, flat atau kondominium.

Ia juga terpakai di bawah undang-undang perumahan (contohnya Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 - HDA) iaitu semua syarat perlindungan pembeli, lesen pemaju, persetujuan strata dan 'master title' mesti melalui semakan semula sebelum menjadi status kediaman.

Pemilik perlu memahami semua aspek terbabit bagi membolehkan proses permohonan untuk menukar status hartanah berlangsung dengan baik.

Namun, terdapat beberapa risiko perlu pemilik tahu jika penukaran status hartanah tidak mengikut saluran sewajarnya.

1. Berdepan risiko tindakan undang-undang.
Satu kesalahan menggunakan tanah tanpa merujuk kepada status.

Jika status guna tanah atau master title tidak ditukar dengan betul, pihak berkuasa boleh menganggap bahawa penggunaan sebagai kediaman adalah tidak sah.

Risikonya membabitkan kemungkinan dikenakan saman, denda atau perintah pembetulan mahupun penamatan.

2. Masalah hak milik, hak strata atau pengurusan bersama.
Jika strata atau master title tidak diselaraskan kepada kediaman, pemilik unit mungkin sukar untuk memohon hak milik strata, jual dan pindah milik sebagai rumah.

Pada satu tahap, pemilik juga tidak mendapat hak pengurusan bersama menerusi badan seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

3. Perbezaan cukai, fi utiliti dan pelesenan.
Status hartanah komersial berlainan dengan kediaman. Ia tertakluk kepada kadar cukai, fi pelesenan, bil utiliti dan syarat penggunaan yang berbeza.

Andai tidak diluluskan tukar status, pemilik memikul beban iaitu terpaksa membayar kadar komersial walaupun ria diguna sebagai kediaman.

4. Isu keselamatan dan peraturan bangunan.
Bangunan yang dibina di atas lesen atau klasifikasi komersial mungkin tidak mengikut spesifikasi perumahan.

Contoh, daripada segi keselamatan, sistem pembuangan, utiliti, zon dan menukar penggunaan sebagai kediaman boleh mendatangkan risiko kepada penghuni dan pemilik.
December 9, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property