AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Pilih rumah 'freehold' atau 'leasehold'


DALAM pasaran hartanah tempatan, persepsi rumah 'freehold' (pegangan bebas) sering dianggap pelaburan selamat untuk selamanya manakala 'leasehold' (pajakan) dilihat sebagai pilihan kedua yang kurang bernilai.

Persepsi ini menyebabkan ramai pembeli menolak hartanah 'leasehold' mentah-mentah, walaupun lokasinya strategik dan permintaan tinggi semata-mata kerana status pajakan.

Hakikatnya, status pegangan bukan satu-satunya penentu nilai hartanah, sebaliknya nilai sebenar rumah banyak dipengaruhi faktor lokasi, kemudahan sekeliling, pengurusan dan permintaan pasaran semasa.

Ironinya, ada banyak hartanah 'freehold' yang sukar dijual, terbiar atau merosot nilainya kerana berada di lokasi kurang strategik atau kawasan yang gagal berkembang.

Pada masa sama, tidak sedikit hartanah 'leasehold' di kawasan bandar utama mengekalkan permintaan tinggi, mudah disewakan dan mencatat kenaikan nilai kerana faktor lokasi dan kemudahan.

Salah faham ini berlaku kerana pembeli sering melihat status pegangan secara terasing, tanpa memahami bagaimana pasaran sebenar menilai sesebuah hartanah.

Justeru, tanpa kefahaman menyeluruh, pembeli berisiko membuat keputusan berdasarkan sentimen, bukan realiti pasaran, lalu menolak pilihan yang sebenarnya lebih sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.

Tip memilih rumah mengikut keperluan

1. Nilai lokasi dan pengurusan bukan melihat kepada status semata-mata.
Lokasi strategik dengan akses pengangkutan, kemudahan awam dan pengurusan baik memberi kesan lebih besar kepada nilai hartanah berbanding status pegangan semata-mata.

2. 'Leasehold' lokasi strategik lebih bernilai daripada 'freehold' terbiar.
Hartanah 'leasehold' di kawasan matang dan permintaan tinggi selalunya lebih mudah dijual atau disewa berbanding 'freehold' di kawasan terpencil.

3. Semak baki tempoh pajakan secara realistik.
'Leasehold' dengan baki pajakan panjang masih menarik di pasaran. Masalah biasanya timbul apabila tempoh terlalu singkat dan tidak dirancang daripada awal.

4. Fahami polisi pembaharuan pajakan.
Ramai pembeli tidak menyemak prosedur, kos dan peluang pembaharuan pajakan sedangkan faktor ini penting untuk nilai jangka panjang hartanah.

5. Nilai pasaran ikut permintaan bukan sentimen
Pasaran hartanah bergerak berdasarkan permintaan sebenar bukan label. Rumah yang memenuhi keperluan lokasi, harga dan gaya hidup akan terus dicari walaupun berstatus 'leasehold'.

6. Elakkan keputusan berdasarkan ketakutan turun-temurun.
Banyak pandangan negatif terhadap 'leasehold' diwarisi tanpa dinilai semula mengikut konteks pasaran semasa dan perancangan bandar terkini.

7. Padankan status hartanah dengan tujuan pembelian.
Untuk didiami sendiri atau disewakan, faktor praktikal lebih penting. Status 'freehold' lebih relevan untuk pewarisan jangka panjang, bukan semua situasi.
January 7, 2026
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair: Start the Lunar New Year with Smart Property Investments

Gong Xi Auction Fair: Start the Lunar New Year with Smart Property Investments

As the Lunar New Year ushers in new beginnings and prosperity, NCM Co invites property buyers and investors...

January 16, 2026
Banjir ubah landskap hartanah

Banjir ubah landskap hartanah

Fenomena kawasan perumahan bebas banjir, namun kini dilanda bencana terbabit bukan perkara luar biasa...

January 14, 2026

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Off Jalan Bukit Sekilau, Pahang

RM 700,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Desa Jaya, Terengganu

RM 170,000

Find Auction Property