AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Insurans Pinjaman Perumahan Yang Mana Patut Saya Pilih? MRTT atau MLTT?

Pembelian rumah adalah antara pelaburan terbesar yang anda akan lakukan seumur hidup anda. Setiap pelaburan juga mengandungi risiko-risiko tertentu yang harus kita bersedia untuk hadapi. Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang yang harus kita fikirkan sebagai pembeli rumah seperti:

Berapakah kemampuan kita sekarang untuk memilih pelan perlindungan tersebut?Apakah yang akan terjadi kepada rumah dan keluarga kita berlaku musibah kepada kita?Siapakah yang akan mengambil alih pembiayaan dan bayaran ansuran rumah kita?Adakah hak milik rumah tersebut boleh dipindahkan kepada ahli keluarga kita?Tambahan pula, pihak bank biasanya akan memerlukan anda untuk membeli insurans untuk lulus pinjaman. Mari kita kaji jenis-jenis pelan perlindungan yang wujud.

1) Memahami perbezaan Konsep ‘Assurance’ dan ‘Takaful’

Dalam bahasa mudahnya, Assurance bermaksud insurans konvensional manakala Takaful merujuk kepada insurans Islamik yang patuh syariah. Dengan insurans konvensional, pemegang polisi akan membayar premium kepada syarikat insurans dan semua wang ini akan dipegang oleh syarikat insurans. Wang tersebut akan dilaburkan oleh syarikat insurans dengan matlamat mendapat keuntungan maksima. 

Syarikat insurans hanya akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan pelan yang diambil sahaja. Segala keuntungan berlebihan laburan tadi akan menjadi kepunyaan syarikat insurans. Premium yang dibayar merupakan kewajipan terhadap syarikat insurans dari perspektif jualan dan pembelian. 

Dalam pelan insurans Takaful pula, pemegang polisi menggunakan konsep sumbangan kepada tabung Takaful. Dana dalam tabung bertujuan untuk menyumbang kepada ahli-ahli takaful lain yang memerlukan. Sumbangan yang terkumpul dalam tabung takaful juga akan dilaburkan kepada instrumen patuh syariah sahaja.

Walaupun matlamat pelaburan ini juga untuk mendapat keuntungan yang maksima, status spelaburan ini sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik pengendali takaful tersebut. Selain itu, pulangan pelaburan tabung takaful tersebut akan dipulangkan semula kepada pemegang polisi. Mana-mana tuntutan yang dibuat pemegang polisi  akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan tadi.
Dalam pelan takaful, premium yang dibayar dianggap sebagai derma (tabarru ‘) dan penjimatan (mudaraba).

2) Apakah Mortgage ‘Reducing’ & Mortgage ‘Level’? 

Untuk pakej insurans Takaful, terdapat dua (2) jenis produk insurans yang boleh kita pertimbangkan. Ia adalah MRTT (atau MRTA) dan MLTT (atau MLTA).

MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
(Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang)

MLTT – Mortgage Level Term Takaful
(Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar)

Pakej insurans konvensional juga mempunyai dua (2) pilihan yang sama iaitu Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA).

Untuk tujuan pemahaman, kita akan membincangkan perbezaan antara ‘Reducing’ dan ‘Level’ dengan merujuk kepada MRTT dan MLTT sahaja. 

3) Perbezaan MRTT dan MLTT

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua pakej insurans ini. Jadual di bawah menunjukkan 5 perbezaan utama antara MRTT dan MLTT.

Mrtt 01

4) Ada pilihan Insurans alternatif selain pilihan dikongsikan ini?

Pilihan ketiga bernama ‘Term Life Insurance’ atau Insurans Jangka Hayat yang paling biasa dibeli kerana ia menawarkan Insurans hayat tertua. Pelan ini juga mempunyai struktur premium yang fleksibel untuk pemegang polisi. Ini bermaksud terma pelan ini boleh ditambah, dikurang dan ditamatkan pada bila-bila masa.

Untuk yang mampu, anda juga boleh menawarkan keluarga anda jaminan berbentuk wang berdasarkan bayaran premium tertentu. 
Justeru itu, anda disarankan supaya membuat kaji selidik tentang pakej-pakej yang ditawarkan pihak bank dalam pasaran sekarang.
Dengan meneliti kelebihan-kelebihan pelan yang wujud, anda mampu memastikan masa depan rumah anda dan ahli keluarga anda terjamin. 

October 30, 2019
Source: Hartabumi.com
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property