AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Bijak Pilih Peguam

Pemilihan peguam dalam urusan hartanah terutama dalam pembelian harta lelong sangat penting kerana tidak semua peguam mahir dalam bidang terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Aliy Property Advisors Sdn Bhd Mohd Ali Abdul Majis berkata, peranan peguam menentukan proses pemilikan hartanah berjalan lancar atau risiko berdepan kerugian terutama dalam proses pembelian hartanah menerusi lelongan.

“Pembeli harus tahu dalam proses lelongan terdapat dua jenis lelongan iaitu Loan Agreement cum Assignment (Laca) iaitu unit hartanah belum mempunyai hak milik/strata dan dilelong bank melalui pelelong seperti pejabat lelong, dewan dan hotel serta Non Laca iaitu unit hartanah yang mempunyai hak milik/strata dan dilelong melalui mahkamah serta pejabat tanah.

“Setiap daripadanya mempunyai tempoh masa berbeza untuk menyelesaikan baki pembelian rumah berkenaan iaitu antara 120 hari atau 90 hari saja,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang gagal dalam proses lelongan kerana tidak mendapat khidmat nasihat yang betul daripada peguam yang dilantik.

Mohd Ali berkata, jika peguam dilantik tidak berpengalaman dan tidak mahir dalam lelongan ia boleh menyebabkan pembeli kehilangan wang deposit 10 peratus yang disediakan.

Beliau berkata, jika peguam tidak membuat kerja sepatutnya dalam tempoh masa diberi dan yang akan terperangkap adalah pembeli.

“Pembeli juga harus peka dan mengambil tahu asas beli rumah lelong dan proses beli serta selepas beli hartanah lelong. Malah, pembeli juga boleh dan mempunyai hak meminta peguam menyegerakan proses sebelum tempoh diberi tamat.

“Nasihat saya, pilih peguam biasa dan mahir dengan urusan rumah lelong atau dalam bidang hartanah kerana pemilihan peguam sangat membantu dalam proses jual beli hartanah,” katanya.


December 3, 2019
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Kenaikan harga tanah, perubahan gaya hidup dan keperluan demografi baharu mengubah landskap pembangunan...

March 25, 2026
Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Isu pembaharuan bandar mendapat perhatian di Malaysia susulan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Bandar...

March 25, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Ros, Johor

RM 85,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 340,000

Find Auction Property