AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Jualan hartanah dijangka melonjak separuh kedua 2021


KUALA LUMPUR: Jualan hartanah dijangka perlahan pada separuh pertama 2021, namun akan melantun sedikit pada separuh kedua 2021, jika keadaan COVID-19 bertambah baik, kata Kenanga Research.

Firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini berkata, kelonggaran sekatan pergerakan memberikan isyarat positif kerana ia akan mendorong pemulihan ekonomi ke landasan yang betul.

Namun, ia memberi amaran bahawa jika keadaan COVID-19 semakin buruk ia akan menyebabkan keadaan kembali lemah.

Sehubungan dengan itu, firma penyelidikan itu mengekalkan saranan neutral bagi pemaju hartanah, memandangkan asas struktur mencabar dalam sektor tersebut seperti kemampuan, lebihan bekalan dan isu-isu dasar.

Kenanga berkata, lambakan hartanah di Malaysia dijangka berterusan dan mungkin tidak bertambah baik melainkan berlaku pembetulan dalam harga hartanah yang berbaloi bagi pembelian dalam masa terdekat untuk mendorong permintaan.

"Situasi lambakan hartanah kebanyakannya adalah membabitkan pangsapuri kediaman dan perkhidmatan, yang merangkumi 84 peratus daripada keseluruhan jumlah lambakan," katanya.

Ia menambah, unit bertingkat tinggi merangkumi 54 peratus daripada lebihan hartanah kediaman di Malaysia.

Firma penyelidikan itu percaya segelintir pemaju mungkin akan menurunkan harga dalam penawaran produk tertentu dalam waktu terdekat ini untuk memenuhi sasaran jualan, kerana pasaran terus menyasarkan segmen yang mampu milik.

"Kemampuan memiliki rumah akan terus menjadi perhatian utama dan kami percaya langkah kerajaan untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah dan pengecualian duti setem hingga 2025, walaupun positif, mungkin tidak mencukupi untuk memacu permintaan hartanah yang kukuh," katanya.

January 8, 2021
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Tukar Status Hartanah: Pentingnya Mendapat Kelulusan Pihak Berkuasa

Tukar Status Hartanah: Pentingnya Mendapat Kelulusan Pihak Berkuasa

Ramai masih kurang jelas berkaitan status hartanah apartmen servis yang memiliki status hartanah komersial...

December 9, 2025
Tujuh kesilapan sering dibuat pembeli rumah kali pertama

Tujuh kesilapan sering dibuat pembeli rumah kali pertama

Pembelian rumah pertama merupakan antara keputusan kewangan paling besar...

December 3, 2025

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Setali Intan, Pahang

RM 440,000

Apartment

Apartment

R/P Bandar Bukit Tinggi 2, Selangor

RM 190,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Bachang Baru, Melaka

RM 400,000

Find Auction Property