AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Lebih Separuh Pemilik Rancang Beli Rumah Lagi


KUALA LUMPUR: Lebih separuh pemilik rumah di negara ini merancang untuk membeli hartanah tambahan dalam tempoh satu tahun akan datang, demikian menurut hasil kajian terkini PropertyGuru.
 
Kajian Sentimen Pengguna Separuh Tahun 2022 mendapati, rakyat Malaysia melihat hartanah sebagai lindung nilai terhadap inflasi dengan 53 peratus pemilik rumah bercadang membeli hartanah tambahan dan mengekalkan hartanah sedia ada.

Responden kajian itu menyatakan bahawa pembelian terbabit adalah atas sebab pelaburan.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Shylendra Nathan, berkata pihaknya percaya lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada pasaran perumahan yang menawarkan pilihan pelaburan yang lebih menarik dengan peningkatan inflasi ketika ekonomi mula pulih daripada pandemik, menjadikannya sebagai alternatif yang baik kepada pasaran saham yang tidak menentu.

Beliau berkata, kajian dijalankan itu mendapati lebih separuh jumlah responden atau 55 peratus menjangkakan harga hartanah akan meningkat pasca COVID-19.

"Justeru, tidak hairan mereka yang mempunyai kemampuan sedang mempertimbangkan untuk membeli hartanah pelaburan, terutama dalam persekitaran kadar faedah rendah buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 2.5 peratus berbanding negatif 1.2 peratus bagi tempoh yang sama 2020.

Dalam aspek pembelian rumah kediaman, kajian itu mendapati lebih separuh atau 55 peratus pencari rumah Malaysia sedang mempertimbangkan hartanah yang terletak di pinggir bandar.

Antara sebab utama yang diberi bagi pertimbangan itu ialah persekitaran yang senyap dan tenang, harga lebih baik, lebih banyak kehijauan dan rumah bersaiz besar.

Minat yang semakin meningkat untuk rumah di luar pusat bandar secara langsung menggambarkan trend kerja jarak jauh yang didorong oleh pandemik.

Menurut kajian itu, satu daripada tiga rakyat Malaysia yang ditinjau berkata mereka kini bekerja dari rumah dan akan terus berbuat demikian selepas pandemik berakhir.

Ia mempengaruhi persepsi kepentingan mempunyai ruang pejabat di rumah kerana majoriti rakyat Malaysia (79 peratus) percaya ia penting untuk mempunyai bilik tambahan semasa membangunkan hartanah baharu, walaupun selepas pandemik berlalu.

Shylendra berkata, pada permulaan COVID-19, rakyat Malaysia tidak pasti sama ada dasar bekerja dari rumah oleh syarikat mereka adalah kekal atau hanya reaksi terhadap perintah berkurung.

"Kini, setelah mereka yakin bahawa aturan kerja yang fleksibel akan kekal, lebih ramai rakyat Malaysia terbuka untuk berpindah ke pinggir bandar bagi menikmati ruang yang lebih besar pada harga yang lebih rendah.

"Perjalanan yang lebih panjang ke pejabat masih boleh diterima untuk mereka yang tidak perlu melakukan perjalanan harian ke tempat kerja, kerana kelebihan tinggal di pinggir bandar masih mengatasi kekurangan yang ada," katanya.

Sementara itu, 46 peratus daripada pengguna moratorium ditinjau dalam kajian itu mendapati, bantuan kewangan membantu menguruskan kos sara hidup mereka dan 26 peratus menyatakan mereka berjaya membina semula simpanan.

Majoriti responden kajian itu juga berharap kerajaan melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 35 tahun kepada 40 tahun supaya dapat membantu mengurangkan bayaran balik bulanan, sekali gus membolehkan kelayakan pinjaman rumah yang lebih tinggi.

March 17, 2022
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

Find Auction Property