AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Urus niaga hartanah di Malaysia naik lebih 30 peratus



PUTRAJAYA: Pasaran hartanah tempatan merekodkan lebih 188,000 transaksi bernilai RM84.4 bilion pada separuh pertama 2022 (1H22), peningkatan lebih 30 peratus dalam bilangan dan nilai berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata semua subsektor harta tanah iaitu kediaman, perdagangan, industri, pertanian dan tanah pembangunan mencatat peningkatan aktiviti transaksi pada 1H22.

Katanya, jumlah nilai transaksi juga bergerak seiring dengan mencatatkan pertumbuhan bagi semua subsektor harta tanah.

"Subsektor kediaman terus memacu pasaran dengan menguasai lebih 60 peratus daripada bilangan keseluruhan transaksi dan hampir 54 peratus daripada keseluruhan nilai transaksi.

"Ini diikuti oleh subsektor pertanian dengan syer hampir 22.1 peratus daripada segi bilangan manakala subsektor perdagangan di tempat kedua dengan syer 16.6 peratus daripada segi nilai transaksi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2022 hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sr Abdul Razak Yusak.

Laporan disediakan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), agensi di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Dalam laporan itu, sektor harta tanah kediaman merekodkan 116,178 transaksi bernilai RM45.62 bilion dalam tempoh kajian, meningkat sebanyak 26.3 peratus dalam bilangan dan 32.2 peratus dalam nilai dari tahun ke tahun (YoY).

Empat negeri utama iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor membentuk kira-kira 47 peratus daripada jumlah keseluruhan kediaman nasional.

Segmen harta tanah komersil merekodkan 15,169 transaksi bernilai RM14.02 bilion, meningkatkan sebanyak 45.4 peratus dalam bilangan dan 28.3 peratus dalam nilai berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selangor menyumbang bilangan dan nilai yang tinggi kepada syer pasaran nasional dengan 26.5 peratus dalam bilangan (4,025 transaksi) dan 33.5 peratus dalam nilai (RM4.7 bilion).

Dalam pada itu Mohd Shahar berkata, walaupun aktiviti pasaran melihat trend yang positif, segmen pelancaran kediaman baharu masih memperlihatkan sentimen berhati-hati.

"Lebih 10,000 unit baharu dilancarkan pada tempoh kajian, berbanding lebih 31,000 unit tahun lalu dan prestasi jualan purata negara adalah pada kadar 20.3 peratus," katanya.

Menurut laporan NAPIC, Johor mencatatkan pelancaran baharu tertinggi di negara ini, menguasai hampir 23.8 peratus (2,509 unit) daripada jumlah nasional dengan prestasi jualan 31.8 peratus. 

Sabah mencatatkan jumlah kedua tertinggi (1,335 unit, 12.7 peratus syer) dengan prestasi jualan pada 10.6 peratus% diikuti Perak di tempat ketiga (1,317 unit, 12.5 peratus syer) dengan prestasi jualan 19.4 peratus.

Rumah teres mendominasi pelancaran baharu dengan teres satu tingkat (2,047 unit) dan 2-3 tingkat (5,150 unit) secara kolektif menyumbang 68.2 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan prestasi jualan 22 peratus, diikuti oleh unit kondominium/pangsapuri dengan 19 peratus syer (2,009 unit) dengan prestasi jualan 12.4 peratus.
September 20, 2022
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Budget 2023: Call for more green infrastructure in urban areas

Budget 2023: Call for more green infrastructure in urban areas

The planning and creation of green infrastructures in urban areas should be given emphasis in Budget 2023

October 4, 2022
MIPFM: Offer to support the real estate sector under the 2023 budget

MIPFM: Offer to support the real estate sector under the 2023 budget

The Malaysian Institute of Property and Facility Managers (MIPFM) hopes the government will provide more support to the property sector

October 4, 2022

Recent Auctions

Terrace House

Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 250,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

RRM Batu 3 1/2, Pahang

RM 200,000

2 Storey Bungalow

2 Storey Bungalow

Kampung Banggol, Kelantan

RM 90,000

Find Auction Property