AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Kenali status sebelum beli



BAGI golongan muda yang masih tercari-cari kediaman impian sebagai rumah pertama, perkara yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada mahu membeli hartanah berstatus pegangan bebas (freehold) ataupun pajakan (leasehold).

Ini kerana selain harga yang agak jauh berbeza, ia juga membabitkan banyak perbezaan lain termasuk status kediaman itu sendiri.

Namun secara amnya, perbezaan ketara antara freehold dan leasehold adalah dari segi tempoh pegangan.

Freehold adalah pegangan bebas manakala leasehold mempunyai tempoh pajakan kebiasaannya selama 99 tahun.

Sekiranya mahu lanjutkan tempoh pajakan perlu memohon dengan pihak berkuasa negeri (PBN) dan ada bayaran yang perlu dibuat iaitu 'premium'.

Menurut ejen hartanah agensi IQI Realty Putrajaya, Rasyadan Hussin, antara yang kerap menjadi persoalan adalah selepas tamat tempoh pajakan, adakah rumah atau hartanah leasehold akan diambil oleh kerajaan?

Kata Rasyadan, berdasarkan undang-undang selepas tamat tempoh pajakan, hartanah itu akan menjadi milik kerajaan.

Pemilik diberi peluang untuk membuat permohonan pemberi milikan tanah bagi kes hartanah yang sudah tamat tempoh pajakan.

Namun, pemilik hartanah juga diberi peluang untuk memperbaharui tempoh pajakan sebelum tempoh pajakan tamat, kebiasaannya kurang dari 10 tahun (bergantung kepada pejabat tanah) dengan syarat membuat permohonan pelanjutan tempoh pajakan dan membayar premium.

Katanya, setiap negeri juga berlainan dari segi cara kiraan bayaran premium.

"Sebenarnya untuk semua hartanah sama ada freehold atau leasehold, ia tetap boleh diambil kerajaan iaitu melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 atas tujuan kepentingan awam contohnya bagi pembinaan jalan, lebuh raya dan sebagainya.

"Kerajaan boleh gunakan kuasa untuk membuat pengambilan tanah sekiranya tanah itu berada dalam lokasi yang dikehendaki.

"Pemilik tidak ada peruntukan undang-undang untuk pertikaikan pengambilan itu tetapi boleh membuat bantahan berkenaan dengan nilai pampasan yang akan diperoleh," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Rasyadan berkata, proses menjual hartanah berstatus pegangan bebas dan pajakan juga berbeza.

Jelas Rasyadan, apabila ada perkataan leasehold, ia tertakluk kepada kebenaran PBN iaitu sekatan kepentingan, bermaksud sekiranya rumah itu hendak dijual, ia perlu mendapat kebenaran dari PBN.

Berlainan pula dengan hartanah freehold di mana pemilik lebih bebas untuk menjual dan tidak memerlukan kebenaran PBN.

"Namun, ada juga sesetengah kes terpencil di mana hak milik freehold, tetapi perlu mendapat kebenaran dari kerajaan negeri seperti yang berlaku di sesetengah kawasan.

"Contohnya, pada hak milik (geran) dinyatakan sekatan kepentingan seperti berikut: "Tanah yang terkandung di dalam hak milik ini adalah untuk Bumiputera sahaja dan tidak boleh dijual, dipajak atau dipindah milik dengan cara apa sekali pun kepada bukan Bumiputera tanpa persetujuan Pihak Berkuasa Negeri," katanya.

Selain itu, sekiranya pemilik rumah leasehold (Bumiputera) mahu menjual kediaman kepada pembeli bukan Bumiputera, ia juga dikatakan agak sukar dan perlu merujuk kepada peguam hartanah yang lebih arif.

Berbeza dengan kediaman berstatus freehold yang bebas melakukan jual beli sama ada kepada Bumiputera atau bukan Bumiputera kecuali jika terdapat sekatan kepentingan pada hak milik.

Jadi, adalah penting sebelum membeli kediaman, semak dengan teliti hak milik atau sekatan kepentingan yang ada.

Dalam pada itu, Rasyadan berkata, dari segi tempoh pajakan pula, ia tidak boleh dikira dari tempoh hartanah itu dibeli.

Ini kerana tarikh tamat pajakan sudah dinyatakan pada muka surat hadapan hak milik (geran).

"Tarikh tamat pajakan penting kerana ia membabitkan kelulusan pinjaman dengan pihak bank.

"Bank akan melihat berapa baki tempoh pajakan yang masih berbaki, kebiasaannya bank tidak akan menerima baki pajakan yang kurang dari 30 tahun namun ia bergantung kepada bank itu sendiri," katanya.

Sementara itu, Rasyadan berkata, kebanyakan hartanah di kawasan bandar berstatus leasehold seperti di sesetengah tempat di Kuala Lumpur, Selangor dan sebagainya.

Dari segi penilaian hartanah pula, Rasyadan berkata, kebiasaannya hartanah freehold mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding leasehold.

"Dalam keadaan penilaian perbandingan, kadar nilaian freehold lebih tinggi berbanding leasehold.

"Ia ada cara kiraannya tersendiri dan boleh rujuk kepada penilai berdaftar,"katanya.
November 22, 2022
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Rumah berdekatan RTS Link paling banyak dicari di Johor

Rumah berdekatan RTS Link paling banyak dicari di Johor

Hartanah yang berdekatan dengan Rapid Transit System Link (RTS Link) muncul rumah yang paling banyak dicari di Johor

March 27, 2024
Old buildings unsafe, out of place?

Old buildings unsafe, out of place?

Are historic structures dangerous? Malaysia's major cities are full of old buildings, and a small percentage...

March 26, 2024

Recent Auctions

1 Storey Bungalow

1 Storey Bungalow

Kampung Pulau Hilir, Kelantan

RM 400,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Indera Mahkota, Pahang

RM 450,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Paka, Terengganu

RM 160,000

Find Auction Property