AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rombak struktur pinjaman rumah elak beban hutang pengguna bertambah


KUALA LUMPUR: Struktur pembiayaan perumahan negara perlu direformasikan secara menyeluruh bagi memastikan pemilikan rumah kekal mampan dan tidak terus membebankan isi rumah.

Ini susulan trend tempoh pinjaman jangka panjang yang semakin meluas dalam pasaran, namun didakwa mengaburkan kemampuan sebenar pembeli.

Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Suraya Ismail, berkata berdasarkan kajian yang mereka lalukan, tempoh pinjaman perumahan yang semakin panjang sehingga 30 hingga 45 tahun menjadikan harga rumah yang tinggi kelihatan lebih mampu milik kerana bayaran bulanan yang lebih rendah, namun pada masa sama meningkatkan jumlah bayaran keseluruhan secara ketara.

"Dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang, rumah yang mahal nampak lebih murah dari segi ansuran bulanan. Namun, pada hakikatnya, jumlah keseluruhan yang dibayar boleh menjadi sehingga tiga kali ganda lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi forum 'Affordable Housing & Residential Market: Demand and Supply' atau Perumahan Mampu Milik dan Pasaran Kediaman: Permintaan dan Penawaran pada Sidang Kemuncak Binaan & Hartanah Malaysia 2026 (MBPS 2026) baru-baru ini.

Dr Suraya berkata, keadaan itu turut memberi kesan kepada dinamik pasaran perumahan apabila pertumbuhan Indeks Harga Rumah (HPI) didapati lebih pantas berbanding Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus mencerminkan peningkatan tekanan dalam sistem pembiayaan perumahan.

"KRI sebelum ini menasihatkan kerajaan supaya tidak memperkenalkan skim pinjaman antara generasi sehingga 60 tahun kerana dikhuatiri meningkatkan tahap keberhutangan isi rumah dalam jangka panjang.

"Sekiranya pemaju terus membina rumah pada harga tinggi, keadaan itu boleh mewujudkan norma baharu dalam pasaran perumahan yang menyaksikan peningkatan beban hutang isi rumah melalui pinjaman jangka panjang. Kita tidak mahu negara menjadi lebih maju dari segi ekonomi, tetapi rakyatnya terbeban dengan hutang yang tinggi," katanya.

Beliau berkata, penyelesaian kepada isu kemampuan perumahan tidak boleh hanya bergantung kepada pelanjutan tempoh pinjaman, sebaliknya penambahan bekalan rumah yang benar-benar selari dengan pendapatan median isi rumah.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai definisi semasa rumah mampu milik yangtidak mencerminkan realiti sebenar pasaran, termasuk unit berharga sekitar RM300,000 dengan keluasan kira-kira 380 kaki persegi yang disifatkan terlalu kecil untuk dianggap sebagai mampu milik sebenar.

"Tetapi untuk keluar daripada kuota rumah mampu milik, inilah yang dilakukan oleh pihak penawaran perumahan. Label mampu milik tidak boleh disalahgunakan. Rumah yang terlalu kecil tetapi berharga tinggi bukan penyelesaian kepada isu kemampuan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Perumahan Rakyat (PPR) kekal penting sebagai sebahagian daripada rangka kerja perlindungan sosial untuk golongan berpendapatan rendah, manakala perumahan mampu milik bagi kumpulan berpendapatan sederhana perlu terus diperkukuh melalui kerjasama seimbang antara sektor awam dan swasta.

KRI dalam masa sama menegaskan keperluan pendekatan lebih menyeluruh bagi memastikan dasar perumahan negara tidak hanya tertumpu kepada akses pembiayaan, tetapi turut mengambil kira kelestarian hutang isi rumah dan kualiti pemilikan jangka panjang.
June 10, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

Explore Shah Alam's auction property market in 2026 — pricing trends, hotspot townships, LRT3 connectivity, rental yields, and tips before you bid.

July 20, 2026
Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

Don't let legal jargon scare you. Read our guide on the Proclamation of Sale to avoid costly mistakes when buying an auction property.

July 20, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kampung Padang, Pahang

RM 140,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Langat Utama 3, Selangor

RM 450,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

Find Auction Property