AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Malaysia jadi tumpuan pembeli rumah China, ekspatriat Barat



KUALA LUMPUR: Malaysia tahun ini menjadi lokasi pilihan ekspatriat dan pelabur global serta destinasi pelaburan hartanah utama dunia berbanding beberapa tahun yang lalu, demikian menurut Juwai IQI.

Menurut syarikat teknologi hartanah itu, pembeli rumah China menaikkan kedudukan Malaysia kepada destinasi keenam paling popular pada separuh pertama 2023, manakala kaji selidik meliputi 12,000 responden oleh organisasi ekspatriat global, InterNations mendapati ekspatriat Barat meletakkan kedudukan Malaysia di tempat keempat terbaik di dunia.

Malaysia dan negara Asia Tenggara lain turut membentuk empat daripada 10 negara teratas yang menerima pelaburan hartanah China paling banyak pada separuh pertama 2023, menurut laporan terbaharu berdasarkan bilangan pertanyaan pembeli yang diterima melalui platform Juwai IQI.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata lonjakan minat terhadap Malaysia adalah disebabkan pemulihan pantas negara ini daripada COVID-19, sekali gus menjadikannya lokasi yang lebih dinamik dan positif.

"Masyarakat dunia ketika ini melihat bahawa kehidupan di Malaysia adalah istimewa sehingga meningkatkan keinginan mereka untuk melawat, membelanjakan wang dan melabur," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kashif berkata, Malaysia berada pada kedudukan yang baik kerana kualiti hidup, kehidupan mampu milik dan ketersambungan digital selain keupayaan berbilang bahasa yang menjadikan pengunjung global boleh berasa selesa di negara ini.

Mengenai pembeli China, beliau berkata golongan itu didapati dapat mengumpul simpanan yang belum pernah berlaku sebelum ini sehingga boleh digunakan untuk membeli hartanah di luar negara.

Katanya, berdasarkan statistik rasmi, dalam sembilan bulan pertama 2022 sahaja, deposit simpanan China melonjak nilai sebanyak 26.3 trilion reniminbi (RM16.5 trilion).

"Financial Times melaporkan bahawa kadar simpanan negara kasar di China adalah sekitar 45 peratus lebih dua kali ganda daripada kadar kebanyakan ekonomi besar yang serupa.

"Selepas tiga tahun sempadan ditutup, rakyat China memanfaatkan sepenuhnya peluang mereka untuk berpindah ke luar negara," katanya.

Kashif berkata, berdasarkan data penyelidikan Juwai IQI, Malaysia adalah destinasi utama untuk ekspatriat Barat yang meletakkan Malaysia sebagai tempat keempat terbaik di dunia.

"Malaysia menduduki tempat kedua untuk perumahan dan keempat untuk bahasa, meletakkannya jauh di atas negara ASEAN lain.

"Malaysia menduduki tempat kelima di dunia untuk kepuasan kewangan dan kos sara hidup. Malaysia juga sebuah negara yang mesra dan ekspatriat meletakkannya dalam 10 teratas global dalam 'kemudahan mencari rakan'.

"Berbanding destinasi utama lain, Malaysia mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan ekspatriat tetapi mempunyai populasi pemastautin ekspatriat yang kecil. Negara pemastautin yang biasa di negara ini adalah dari Jerman, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland," katanya.
July 26, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Kampung Raja Uda, Selangor

RM 450,000

Find Auction Property