AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Hartanah di Johor bakal jadi pilihan rakyat bekerja di Singapura




KUALA LUMPUR: Infrastruktur serta ketersambungan rentas sempadan antara Singapura dan Johor yang semakin bertambah baik berpotensi meningkatkan jualan hartanah di Johor terutamanya di Iskandar Puteri, dengan minat pembelian bukan saja daripada pembeli antarabangsa tetapi juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.

Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Khoo Zing Sheng, berkata jangkaan itu adalah berdasarkan kepada beberapa pemangkin yang boleh mendorong permintaan lebih tinggi untuk hartanah di Johor seperti penyiapan Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura; pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan penubuhan zon kewangan khas di Iskandar Malaysia serta potensi kelonggaran syarat untuk program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Beliau berkata, lokasi stesen HSR yang dicadangkan dalam Iskandar Puteri kekal tidak berubah memandangkan kedudukannya berdekatan dengan stesen Jurong East di Singapura.

Hal ini kerana, katanya kerajaan Singapura memperoleh petak tanah di Jurong East untuk stesen HSR dan pembangunan guna bercampur, justeru memandangkan kos ketara yang berkaitan dengan sebarang perubahan, adalah tidak mungkin untuk kerajaan republik itu mengubah lokasi stesen yang dicadangkan sebelum ini.

"Selain pembeli antarabangsa, pekerja Malaysia di Singapura akan mempertimbangkan untuk membeli hartanah di Johor termasuk Iskandar Puteri yang mempunyai jarak pemanduan hanya 24 minit dari Stesen Bukit Chagar.

"Perhubungan yang bertambah baik ini dijangka memacu pertumbuhan ekonomi di kedua wilayah dan dengan itu meningkatkan daya tarikan bagi rakyat Malaysia dan rakyat asing untuk menetap di Iskandar Puteri memandangkan bahawa harga rumah lebih berpatutan daripada Singapura," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Mengulas lanjut, Zing Sheng berkata, pemangkin lain juga adalah berdasarkan pendedahan rancangan kerajaan Malaysia sebelum ini untuk mewujudkan zon kewangan khas (SFZ) di Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, ini akan memberikan syarikat dan individu yang layak dengan pelbagai faedah, termasuk kadar cukai yang lebih rendah sebanyak 15 peratus (bukannya kadar standard 30 peratus) untuk pekerja berpengetahuan.

"Inisiatif itu dijangka merangsang aktiviti ekonomi di Iskandar Puteri, membawa kepada lonjakan permintaan untuk hartanah kediaman, komersial dan perindustrian di rantau ini," katanya.

Beliau menambah, sebagai sebahagian daripada rangka kerja Ekonomi MADANI, kerajaan sedang mengkaji dan mempertimbangkan melonggarkan syarat untuk program MM2H.

"Potensi semakan positif dijangka menarik lebih besar bilangan pembeli hartanah asing dan menangani isu hartanah tidak terjual di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, yang menjadi destinasi popular bagi warga asing yang ingin menetap di Malaysia," katanya.

Sehingga Jun 2023, projek laluan RTS sudah siap 41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2026.

Laluan RTS menghubungkan perhentian Singapura di Woodlands North dengan Bukit Chagar bagi Malaysia yang berdekatan dengan Johor Bahru Sentral (JBS).

Ketika ini, rakyat Malaysia melancong ke Singapura menggunakan pengangkutan awam perlu mengambil dua pusingan bas, satu dari JBS ke Kastam Singapura, dan satu lagi dari Kastam Singapura ke stesen Transit Aliran Massa (MRT) Woodlands.

Walau bagaimanapun, dengan siapnya jaringan RTS, dijangka berlaku pengurangan ketara dalam masa perjalanan, dengan ulang-alik antara Malaysia dan Singapura mengambil masa hanya lima minit berbanding perjalanan 30 hingga 40 minit ketika waktu biasa (bukan puncak).
August 8, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property