AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Belanjawan 2024 mesti bantu lebih ramai miliki rumah



KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperkenalkan insentif yang membolehkan ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman menerusi Belanjawan 2024.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk NK Tong, berkata insentif yang akan memudahkan pemilikan kediaman itu termasuk potongan cukai, geran serta kadar faedah yang lebih rendah untuk mengurangkan beban pemilik rumah masa depan, terutamanya pembeli kali pertama.

Katanya, ia turut merangkumi pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC), selepas dua kempen iaitu pada 2019 dan 2020-2021 membantu ribuan rakyat memiliki rumah, selain menyumbang dengan ketara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

"REHDA optimis bahawa pengumuman Belanjawan 2024 sekali lagi akan menjadi bajet yang mengutamakan keperluan rakyat berbanding yang lain.

"Kami menjangkakan ada peruntukan yang akan memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia, serta peruntukan untuk meringankan cabaran yang terus dihadapi oleh pemaju.

"Kemampuan pemilikan kediaman kekal sebagai isu utama bagi rakyat dan industri. Justeru, kami berharap kepada pengenalan semula atau pengenalan insentif baharu yang akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Tong berkata, REHDA mengharapkan kerajaan menangani kemampuan pemilikan kediaman di negara ini.

"Selain daripada kaedah subsidi silang yang perlu diambil oleh pemaju untuk membina rumah mampu milik, satu lagi faktor utama yang menyumbang kepada isu ini ialah peningkatan kos input untuk bahan binaan, yang berkait langsung dengan kenaikan harga rumah.

"Campur tangan kerajaan seperti pengurangan sementara atau penghapusan levi import pasti akan membantu dalam mengurangkan masalah yang dihadapi pemaju. Begitu juga, kos tanah yang meningkat memberi kesan buruk kepada harga rumah.

"REHDA menantikan Belanjawan 2024 yang inklusif dan holistik yang akan memberi manfaat kepada semua. REHDA akan terus menggalakkan ahli kami untuk meneruskan peranan pembinaan negara dengan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat tepat pada masanya," tambah Tong.
October 3, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Kenaikan harga tanah, perubahan gaya hidup dan keperluan demografi baharu mengubah landskap pembangunan...

March 25, 2026
Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Isu pembaharuan bandar mendapat perhatian di Malaysia susulan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Bandar...

March 25, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Ros, Johor

RM 85,000

Find Auction Property