AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Pelabur asing perkukuh prospek sektor hartanah



KUALA LUMPUR: Peningkatan pelabur asing di Malaysia berkemungkinan meningkatkan prospek dalam sektor hartanah pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Avaland Bhd, Teh Heng Chong, berkata kajian semula kriteria program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) oleh kerajaan pada masa ini boleh meningkatkan sektor itu, terutamanya untuk hartanah berharga melebihi RM1 juta.

"Ia adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian," katanya pada majlis sempena kerjasama pembiayaan hijau Ambank dan Avaland di sini, semalam.

Beliau juga berkata, pemaju akan mencari kaedah untuk mengekalkan harga dengan cukai perkhidmatan (SST) yang dinaikkan pada lapan peratus tahun depan berbanding enam peratus pada masa ini.

"Ia (harga) akan meningkat secara perlahan-lahan disebabkan kos pembinaan tetapi sebagai pemaju, kita perlu mengendalikannya kerana kos pembinaan telah meningkat selama ini. Kita tidak boleh meletakkan harga yang terlalu mahal di pasaran," tambahnya.

Avaland bekerjasama dengan Ambank untuk pakej pembiayaan hijau bernilai RM129.8 juta bagi fasa pertama pembangunan bercampur terbarunya yang terletak di Subang Jaya dikenali sebagai Alora Residences dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM552 juta terdiri daripada 770 unit pangsapuri perkhidmatan dan lapan unit runcit.

Ia mencapai kadar pembelian sebanyak 56 peratus sejak pelancarannya pada 26 Ogos tahun ini.

Saiz-saiz unit berkeluasan di antara 923 kaki persegi dan 1,457 kaki persegi dengan harga bermula daripada RM693,800 seunit.

Projek pembangunan utama bercampur terancang yang dikenali sebagai 2Fifth Avenue mempunyai GDV RM3 bilion yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan, komponen runcit dan pejabat dan dijadualkan siap secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Group, Datuk Sulaiman Tahir, berkata kumpulan itu telah meluluskan pembiayaan hijau sebanyak RM1.3 bilion di antara April dan Ogos 2023 daripada RM4 bilion yang disasarkan pada tahun kewangan 2024.

Kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya, kata Sulaiman.

"Ini menunjukkan komitmen kami untuk menggalakkan kemampanan. Pada tahun kewangan 2023, kami meluluskan pembiayaan hijau sebanyak RM1.9 bilion," katanya.

Sulaiman berkata, terdapat keperluan yang mendesak bagi sektor hartanah untuk menerima prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kerana pembangunan hartanah mempunyai kesan yang besar terhadap perubahan iklim.

Bangunan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pelepasan gas rumah hijau global dan menggunakan kira-kira 40 peratus daripada tenaga dunia, katanya.
October 24, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property