AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Hartanah di tiga negeri jadi perhatian pembeli asing



KUALA LUMPUR: Projek hartanah di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Iskandar Malaysia, Johor dijangka menjadi tumpuan pembeli asing berikutan pelonggaran syarat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Kawasan utama itu dijangka meraih manfaat daripada langkah diumumkan dalam Belanjawan 2024 itu memandangkan kawasan berkenaan lazimnya menjadi tempat yang digemari untuk membeli rumah dalam kalangan pembeli warga asing.

Penganalisis pasaran menjangkakan pemaju hartanah seperti UEM Sunrise, Sunway dan Eastern & Oriental (E&O) dijangka menjadi antara penerima manfaat utama daripada langkah yang diumumkan kerajaan itu.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat sedia ada permohonan MM2H bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.

Penambahbaikan MM2H dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan industri hartanah negara.

RHB Research dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya optimis apabila kerajaan secara rasminya menyatakan garis panduan bagi MM2H akan dilonggarkan, meskipun ia tidak memberi penjelasan lanjut mengenai hal itu dalam Belanjawan 2024.

Ia berkata, sebelum ini, ada laporan menyebut bahawa garis panduan yang lebih ketat menyebabkan bilangan pemohon MM2H jatuh 90 peratus.

Oleh itu, katanya, dengan syarat-syarat yang lebih mudah, projek hartanah di Pulau Pinang, kawasan KLCC dan Mont' Kiara di Kuala Lumpur, dan juga wilayah Iskandar Malaysia, Johor patut mendapat manfaat memandangkan kawasan berkenaan lazimnya menjadi tempat yang digemari untuk membeli rumah dalam kalangan pembeli warga asing.

Sementara itu, beberapa dasar dan galakan baharu akan diperkenalkan bagi meraih lebih banyak pelaburan berimpak tinggi juga akan memberi galakkan kesan limpahan positif pada sektor hartanah.

Dengan sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang berkembang pesat, kerajaan menyatakan rancangannya untuk membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian di utara Perak.

Usaha itu dijangka menggalakkan pertumbuhan pasaran perumahan di kawasan sekitarnya dan dalam satu hingga dua tahun akan datang, beberapa pemaju dijangka akan menerokai peluang mengumpul bank tanah di kawasan sekitar.

Mengenai prestasi jualan hartanah dalam pasaran tempatan, RHB Research melihat terdapat beberapa faktor yang akan memacu jualan hartanah.

Faktor berkenaan termasuk permintaan terpendam selepas pandemik; kesan limpahan positif daripada peningkatan permintaan untuk hartanah perindustrian, yang menunjukkan kenaikan dalam pelaburan swasta baharu dan pembangunan prasarana yang termasuk Sistem Transit Laju (RTS) serta mungkin Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan kereta api berkelajuan tinggi (HSR).

RHB Research masih yakin akan pasaran hartanah Iskandar Malaysia dengan baru-baru ini dilaporkan bahawa bilangan pengembara yang menggunakan laluan darat antara Malaysia-Singapura melalui dua pintu masuk sempadan darat, Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dijangka meningkat pada kadar 15 peratus setahun.

Ia berkata, lintasan harian diunjurkan akan mencecah 430,000 menjelang 2025 daripada anggaran 372,000 tahun ini.

Katanya, kerajaan telah meluluskan RM169 juta untuk melaksanakan langkah-langkah demi meredakan kesesakan di pintu kemasukan sempadan.

"Kami menjangka pengumuman akan dibuat mengenai zon kewangan khas (SEZ) Johor-Singapura untuk mendorong lagi minat pada saham-saham hartanah berkaitan Johor memandangkan trafik rentas sempadan yang meningkat dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) bakal menjadi pemacu utama.

"AME Elite Consortium ialah pilihan saham perindustrian utama di Iskandar Malaysia," katanya.
November 7, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Don't disappoint homebuyers with poor-quality materials, workmanship, developers told

Don't disappoint homebuyers with poor-quality materials, workmanship, developers told

Property developers aspiring to succeed in the real estate development sector over the long term

May 8, 2024
Musim perayaan, permintaan hartanah kediaman susut pada suku pertama

Musim perayaan, permintaan hartanah kediaman susut pada suku pertama

Permintaan dan bekalan hartanah kediaman dilihat merosot sedikit pada suku pertama 2024 dengan Indeks Permintaan Jualan

May 8, 2024

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Indera Mahkota, Pahang

RM 450,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Paka, Terengganu

RM 160,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kejora, Terengganu

RM 200,000

Find Auction Property