AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Industri hartanah pulih daripada krisis COVID-19



KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah mempamerkan peningkatan yang konsisten pada 2023, terutamanya pada separuh kedua, dan ini menunjukkan industri ini telah pulih daripada krisis COVID-19.

Bagi pasaran perumahan utama, jumlah pelancaran projek baharu meningkat suku ke suku dengan pelancaran 6,900 unit pada suku ketiga 2023 berbanding 4,797 pada suku kedua 2023, kata Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Menurut statistik suku ketiga, jualan pelancaran baharu mencecah 37.6 peratus berbanding 24.7 peratus pada suku kedua 2023.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia dalam Tinjauan Industri Hartanah untuk separuh pertama 2023 dan Tinjauan Pasaran untuk separuh kedua 2023 dan separuh pertama 2024 turut menunjukkan pelancaran baharu dan prestasi jualan adalah jauh lebih baik pada separuh pertama 2023 berbanding dengan empat tahun lalu, dengan 14,392 unit dilancarkan dan 11,273 unit terjual.

Tinjauan itu juga menyatakan prestasi yang lebih baik dijangka melimpah ke separuh pertama 2024 walaupun terdapat beberapa halangan disebabkan faktor seperti kadar faedah yang tinggi, keutamaan pengguna untuk menyewa, kos bahan yang meningkat dan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Pasaran hartanah secara keseluruhan yang merangkumi semua subsegmen hartanah, menyaksikan lebih daripada 100,000 urus niaga bernilai RM57.15 bilion pada suku ketiga, peningkatan 3.7 peratus dari segi jumlah, meningkat 22.6 peratus dalam nilai ringgit berbanding dengan suku yang sama tahun sebelumnya.

Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil langkah menangani projek-projek perumahan swasta yang terbengkalai kerana ia menjadi beban kewangan kepada pembeli selain memusnahkan impian mereka untuk berpindah ke rumah sendiri.

Melalui pasukan petugas khas, KPKT telah mengerakkan semula 256 projek bernilai RM23.37 bilion setakat Ogos 2023, sesuatu yang amat melegakan ramai pembeli.

Bagi unit tidak terjual, NAPIC merekodkan 25,311 rumah tidak terjual siap bernilai RM17.40 bilion pada suku ketiga 2023. Ini mewakili penurunan 3.7 peratus dari segi jumlah dan (penurunan) 4.9 peratus dalam nilai ringgit berbanding suku sebelumnya.

Pengurus Negara PropertyGuru (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my) Sheldon Fernandez, berkata walaupun kerajaan dan pemaju mengambil langkah untuk mengurangkan unit tidak terjual, usaha diperlukan untuk mencegah berulangnya projek terbengkalai.

"Ia memerlukan pendekatan pelbagai aspek yang membabitkan kerajaan dan pemaju. Beberapa langkah pencegahan yang boleh dipertimbangkan termasuk mempunyai peraturan yang lebih ketat, perancangan dan pengurusan risiko yang lebih baik serta model bina dan jual," kata Sheldon.

Pemaju boleh memanfaatkan pelancaran Data Transaksi Terbuka NAPIC yang terkini untuk memahami arah aliran pasaran dan tingkah laku pengguna serta dibimbing dalam perancangan masa depan mereka.

Pembeli rumah, penyewa dan pelabur juga boleh dibantu untuk membuat keputusan yang berinformasi kerana mereka akan dibimbing untuk memahami trend harga di kawasan yang berbeza dan berunding untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik.

Ramai pemaju memperkenalkan elemen mampan dalam pembangunan baharu mereka untuk memperoleh kelebihan daya saing disebabkan oleh penumpuan pelbagai faktor yang membabitkan trend global, inisiatif kerajaan, permintaan pengguna dan pertimbangan kos.

Menurut tinjauan pengguna PropertyGuru baru-baru ini, 71 peratus responden mempertimbangkan perubahan iklim ketika membuat keputusan hartanah, dan 62 peratus bersedia untuk rumah hijau.

"Beberapa bank juga memperkenalkan penyelesaian kewangan mampan untuk membantu pemaju dalam peralihan ini kepada hartanah yang mampan dari segi alam sekitar.

"Arah aliran kemampanan ini berkemungkinan akan berterusan sehingga 2024, mempengaruhi kedua-dua bekalan dan permintaan," kata Sheldon.

Menurut REHDA Malaysia, keyakinan yang semakin meningkat daripada pemaju dan pembeli rumah menandakan pasaran kediaman yang kian pulih.

"Inilah yang menanti pada tahun 2024. Kami mempunyai keyakinan terhadap kerajaan persekutuan untuk mengambil inisiatif lanjut bagi menjamin keyakinan pemain industri," katanya.

Sheldon berkata, peralihan ke arah hartanah sewa dan penekanan yang lebih besar terhadap kemampanan akan menjadi dua trend utama pada 2024.

"Adalah penting untuk diingat bahawa pasaran hartanah adalah dinamik dan dipengaruhi oleh banyak faktor. Menyelami maklumat mengenai pasaran dan menyesuaikan diri dengan perubahan jangka pendek adalah penting, selain daripada ketelusan dan akses kepada maklumat," katanya.
December 6, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes, an online global real estate platform, announced it will not impose fees...

April 24, 2024
Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

The prime residential market in Kuala Lumpur saw a four per cent improvement in 2023

April 24, 2024

Recent Auctions

1 Storey Bungalow

1 Storey Bungalow

Kampung Pulau Hilir, Kelantan

RM 400,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Paka, Terengganu

RM 160,000

2 Storey Terrace Shop Office with Basement Floor, Corner Lot [Facing Jalan Ayer Keroh Lama; 6 min to Multimedia University]

2 Storey Terrace Shop Office with Basement Floor, Corner Lot [Facing Jalan Ayer Keroh Lama; 6 min to Multimedia University]

Taman Ayer Keroh Permai, Melaka

RM 1,300,000

Find Auction Property