AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Harga jualan, sewa rumah dijangka meningkat 2024



KUALA LUMPUR: Tahun 2024 boleh menjadi tahun yang baik untuk pasaran hartanah Malaysia berdasarkan sentimen pasaran yang kukuh dalam kalangan ratusan ejen hartanah dan perunding, menurut Indeks dan Survei Hartanah IQI terkini - Suku Keempat Malaysia 2023, yang dikeluarkan hari ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata nisbah beli-sewa juga mendedahkan keyakinan kukuh dalam pasaran hartanah, dengan 91.1 peratus mengatakan mereka akan menasihati rakan untuk membeli hartanah pada hari ini, manakala hanya 8.9 peratus mencadangkan untuk menyewa.

Jumlah nisbah berkenaan hampir sama seperti di seluruh negara, tetapi berbeza sedikit di Kuala Lumpur dan Selangor dengan 88.8 peratus untuk membeli berbanding 11.2 peratus untuk menyewa.

"Ejen mungkin mencadangkan pembelian kerana mereka menjangkakan berlakunya peningkatan ketara dalam harga jualan dan sewa pada 2024. Keyakinan ini mungkin berdasarkan arah aliran ekonomi yang dijangkakan, aliran masuk pelaburan, penambahbaikan infrastruktur dan dinamik permintaan dan bekalan.

"Unjuran yang dibuat ialah kenaikan 9.95 peratus dalam harga kediaman dan kenaikan 9.57 peratus dalam sewa bagi tempoh 12 bulan akan datang. Khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor, industri menjangkakan harga meningkat sebanyak 9.7 peratus dan sewa sebanyak 9.9 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jangkaan meluas bahawa harga dan sewa akan meningkat menandakan potensi peningkatan modal dan pertumbuhan hasil sewa.

"Itu boleh menggalakkan pelabur dan penyewa kembali ke pasaran dan membolehkan pemaju melancarkan projek-projek baharu. Kami menjangkakan untuk melihat lebih banyak permintaan pada 2024, didorong oleh trend demografi Malaysia, pembandaran, pertumbuhan ekonomi dan perubahan dalam kemampuan perumahan," kata Kashif.

Kaji selidik itu berdasarkan kajian penyelidikan yang dijalankan dari 1 hingga 22 November 2023 dengan panel penyelidikan membabitkan 203 ejen dan perunding hartanah di setiap negeri dan wilayah kecuali Perlis.
December 6, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property