AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Gadai janji



MAJORITI pemilik rumah membeli hartanah itu untuk diduduki atau sebagai pelaburan menerusi pemilikan rumah atau hartanah bergadai janji.

Ia merujuk kepada situasi di mana pemilikan harta dijadikan sebagai jaminan atau sekuriti bagi janji, biasanya hutang atau komitmen.

Dalam terma pinjaman perumahan juga mekanisme itu diguna pakai yang mana pembeli rumah meletakkan rumah yang dibeli sebagai jaminan.

Sekiranya berlaku kegagalan pembayaran balik pinjaman (breach of contract), institusi kewangan terbabit boleh melelong rumah dengan kelulusan mahkamah bagi mendapatkan kembali jumlah yang masih terhutang.

Menurut Pensyarah Jabatan Harta Tanah Fakulti Alam Bina Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Sr Rosli Said, ada risiko dan kepentingan keperluan dalam pemilikan hartanah (kediaman) bergadai janji.

Katanya, dari satu sudut, pemilikan rumah menerusi skim ini membolehkan akses kepada mereka yang tidak mempunyai cukup modal untuk membeli rumah secara langsung.

"Sudut positif apabila adanya mekanisme atau pemilikan rumah bergadai janji, ia boleh menjadi peluang untuk individu memiliki rumah.

"Memiliki rumah memerlukan pembiayaan besar dan pihak institusi boleh menawarkan pembiayaan itu dengan cagaran rumah itu sendiri jika pembeli gagal melunaskan bayaran.

"Selain itu, kemudahan pemilikan rumah bergadai janji juga satu langkah pengurangan beban kewangan awal. Bagi mereka yang tidak mampu membayar jumlah besar sebagai bayaran muka, solusi seperti ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan awal yang diperlukan," katanya.

Pemilikan itu datang dengan komitmen dan risiko yang besar apabila situasi pembeli rumah tidak memiliki pendapatan stabil atau gagal melunaskan bayaran.

"Dalam pemilikan rumah bergadai janji, risiko utama bagi pemilik hartanah adalah jika mereka gagal memenuhi komitmen mereka.

"Pemilik rumah mungkin perlu menghadapi perundangan untuk mendapatkan hak pemilikan kembali.

"Ada juga risiko bahawa peminjam mungkin menghadapi kesulitan kewangan atau mengalami kegagalan dalam pembayaran semula yang boleh menyebabkan proses lelongan oleh institusi kewangan," katanya.

Tambah pakar hartanah itu, di Malaysia, hak pemilik dalam pemilikan rumah bergadai janji biasanya dilindungi oleh Akta Pemilikan Rumah 1966 (Akta 156).

"Akta Pemilikan Rumah 1966 mengandungi peruntukan mengenai hak dan tanggungjawab pemilik.

"Secara umum, akta ini memberi perlindungan kepada pemilik rumah dalam kes kegagalan pihak yang berjanji untuk memenuhi komitmen mereka seperti membayar jumlah yang dipersetujui.

"Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai inisiatif perlindungan pengguna seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memberi perlindungan kepada pembeli terhadap amalan urus niaga yang tidak adil atau menipu," katanya.

Ini termasuk perjanjian membabitkan pemilikan rumah. Akta lain yang perlu diketahui termasuk Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Akta Pengurusan Strata 2013 yang berhubungan dengan pemilikan rumah bertingkat.

Kata pensyarah itu lagi, dalam ekonomi yang di luar jangka ketika ini, beliau menyarankan kerajaan dan agensi berkaitan terus komited dalam menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik supaya seimbang dengan keperluan semasa.

"Kerajaan pada saya perlu melihat kepada permasalahan perumahan umum, akses lebih baik untuk rakyat memiliki rumah dengan kemampuan mereka.

"Perlu diteruskan Skim Perumahan Mampu Milik iaitu menyediakan rumah bersesuaian kemampuan golongan pertengahan dan rendah.

"Begitu juga dengan projek rumah awam atau rumah rakyat perlu diperbanyakkan supaya golongan tidak berkemampuan tidak terpinggir.

"Di sini akan ada ruang untuk pembiayaan alternatif. Kerajaan boleh mendorong institusi kewangan untuk menyediakan pembiayaan lebih mampu dan berdaya saing yang akhirnya membantu mengurangi tekanan kewangan pada individu yang ingin memiliki rumah.

"Ini juga antara perkara yang saya sedang kaji atau kemukakan iaitu model pembiayaan yang menjurus kepada pembayaran muka yang lebih rendah dan lebih berkemampuan," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan giat meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan manfaat dalam perjanjian  gadai janji atau bentuk pemilikan lainnya.

"Kerajaan dapat memperkuat program pendidikan dan kesedaran kewangan bagi membantu pembeli yang berpotensi membuat keputusan yang lebih bijaksana.

"Penguatkuasaan Undang-Undang Perlindungan Pengguna juga perlu diperkemaskan oleh kerajaan dalam melindungi pemilik rumah dari menjadi mangsa kepada perjanjian gadai janji tidak adil," katanya.

December 26, 2023
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes, an online global real estate platform, announced it will not impose fees...

April 24, 2024
Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

The prime residential market in Kuala Lumpur saw a four per cent improvement in 2023

April 24, 2024

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Indera Mahkota, Pahang

RM 450,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kejora, Terengganu

RM 200,000

Freehold 4 Bedroom 2 Storey Terrace House, Intermediate, Renovated [9 min to Amerin Mall]

Freehold 4 Bedroom 2 Storey Terrace House, Intermediate, Renovated [9 min to Amerin Mall]

Taman Bukit Emas, Selangor

RM 480,000

Find Auction Property