AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Prospek Sektor Hartanah Semakin Baik - Mah Sing



KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd yakin mengenai prospek jangka pertengahan hingga panjang bagi sektor hartanah, disokong oleh permintaan asas yang kukuh oleh populasi muda.

Permintaan untuk rumah daripada pembeli rumah kali pertama kekal berdaya tahan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu mencatatkan jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, meningkat 14.4 peratus berbanding RM1.57 bilion yang disaksikan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Momentum jualan yang mengagumkan ini telah didorong oleh kadar pengambilan yang mantap dalam pembangunan M Series.

"Memandangkan Bank Negara Malaysia telah meramalkan bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia adalah pada 4 hingga 5 peratus menjelang 2024.

"Kami melihat momentum kukuh yang berterusan bagi pembangunan M Series kami yang menyasarkan pembeli rumah kali pertama," kata Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum.

Beliau berkata kumpulan itu harus terus mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem selama lima tahun untuk hartanah kediaman berharga di bawah RM500,000 bagi pembeli rumah kali pertama, selain rancangan kerajaan dalam mengurangkan syarat semasa permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), yang dilihat tepat pada masanya untuk menarik pembeli asing.

Mah Sing telah memperoleh lima bidang tanah pada tahun ini, khusus untuk projek M Terra serta M Hana di Puchong, M Tiara di Johor Bahru, M Legasi di Semenyih, M Zenya di Kepong dan M Azura di Setapak.

Pengambilalihan ini secara kolektif meningkatkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.5 bilion, katanya.
January 3, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property