AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

'Jumlah rumah tidak terjual kini lebih rendah'



KUALA LUMPUR: MIDF Research kekal positif terhadap sektor hartanah dengan asas bertambah baik dan kediaman tidak terjual yang lebih rendah, sekali gus meredakan kebimbangan mengenai penawaran berlebihan.

Bank penyelidikan itu berkata, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal tidak berubah dan keadaan ini sewajarnya turut menyokong permintaan terhadap hartanah.

Menurut MIDF Research, kelonggaran syarat bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilihat positif memandangkan langkah ini akan mendorong permohonan dan permintaan terhadap hartanah.

Kajian semula terkini terhadap MM2H antara lain adalah syarat umur minimum yang diturunkan kepada 30 tahun berbanding 35 tahun sekali gus meluaskan akses, dan prasyarat kewangan yang dilonggarkan.

"Negeri yang menjadi pilihan warga asing seperti Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sewajarnya meningkatkan permintaan," kata MIDF Research dalam nota penyelidikan hari ini.

Pertumbuhan positif dalam permohonan pinjaman dengan data daripada Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak tujuh bulan berturut-turut pada November 2023.

Peningkatan pada 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM48.5 bilion yang berterusan dalam pertumbuhan permohonan pinjaman menunjukkan bahawa faedah belian ke atas hartanah kekal sihat.

MIDF Research berkata, secara kumulatif, permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah pada November 2023 lebih tinggi pada RM560.6 bilion (5.2 peratus tahun ke tahun), menunjukkan kestabilan pemulihan dalam permintaan hartanah.

"Melangkah ke hadapan, kami melihat permintaan untuk hartanah kekal kukuh tahun 2024 kerana minat belian akan disokong dengan prospek yang bertambah baik bagi sektor hartanah.

"Pinjaman yang diluluskan untuk pembelian hartanah adalah lebih tinggi pada RM20.6 bilion, kenaikan 13.5 peratus tahun ke tahun pada November 2023," katanya.

Sementara itu, Indeks Hartanah Kuala Lumpur (KL) mengakhiri 2023 pada tahap positif, menujukkan kenaikan sebanyak 34.5 peratus.

"Prestasi baik Indeks Hartanah KL adalah didorong oleh peningkatan kediaman tidak terjual di Malaysia yang jatuh untuk suku ketujuh berturut-turut pada suku ketiga 2023.

"Sentimen positif terhadap projek infrastruktur yang akan datang seperti Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura yang telah berhenti seketika ketika kenaikan OPR pada Julai 2023 akan terus menyokong pemulihan permintaan terhadap hartanah.

"Lima prestasi terbaik Indeks Hartanah KL dalam 2023 ialah Ewein Bhd (250 peratus), UEM Sunrise Bhd (225 peratus), Iskandar Waterfront City Bhd (170 peratus), Avaland Bhd (104 peratus) dan Crescendo Corporation Bhd (103 peratus)," katanya.
January 9, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Kampung Raja Uda, Selangor

RM 450,000

Find Auction Property