AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Gaji kecil nak beli rumah



Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah pertama pada usia muda, namun sering dihalang tahap pendapatan.

Faktor gaji yang rendah juga menyebabkan impian memiliki rumah sendiri tergendala dan mengambil tempoh lama.

Situasi ini membuatkan golongan berpendapatan rendah mengambil pendekatan menunggu selama beberapa tahun hingga mempunyai kelayakan untuk permohonan pembiayaan perumahan.

Beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada mereka bergaji rendah untuk membeli rumah dikongsi;

1. Mengetahui jumlah pinjaman layak
Penting mengetahui bahawa ansuran bulanan perumahan tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar.
Cara pengiraan pinjaman maksimum:Gaji kasar x 30/100
Jika gaji RM2500 sebulan, maka ansuran bulanan tidak lebih boleh daripada RM750.
2. Rumah mampu dibeli
Perlu membuat pilihan jenis rumah yang tepat.
Ia juga perlu bersesuaian dengan gaji pemohon bagi mengelakkan permohonan pembiayaan pinjaman ditolak bank.
Cadangan jenis rumah adalah seperti flat atau pangsapuri kos rendah atau sederhana untuk keselesaan bayaran bulanan
3. Semak jika mempunyai sejarah kredit yang baik
Ia penting kerana bank akan menggunakan rekod ini untuk mengira sama ada pemohon layak atau sebaliknya
Lazimnya kelayakan ialah jumlah komitmen dengan bank tidak melebihi 60 peratus sekiranya bergaji RM3,000 ke bawah.
Semakan boleh dilakukan dalam Sistem Maklumat Rujukan Semakan Kredit (CCRIS) atau rekod CTOS Data Systems Sdn Bhd.
4. Kos lain yang terbabit
Ada banyak kos perlu difikirkan ketika dalam peringkat awal hendak membeli rumah.a. Yuran tempahanYuran ini dikenakan apabila berminat membeli sesebuah rumah.
Kadar yuran dikenakan lazimnya antara dua hingga tiga peratus daripada jumlah pinjaman.
b. Bayaran pendahuluan
Kadar perlu dibayar ialah 10 peratus daripada jumlah pinjaman ketika menandatangani surat perjanjian jual beli (SPA).
c. Memorandum pemindahan (MoT)
Caj dikenakan seperti berikut:
Satu peratus bagi RM100,000 yang pertama
Dua peratus bagi RM400,000 yang seterusnya
Tiga peratus bagi jumlah yang tinggal
d. Yuran guaman buat SPA
Satu peratus bagi RM150 ribu yang pertama
Tujuh peratus bagi jumlah yang tinggal (bagi rumah di bawah RM1 juta).
5. Antara skim rumah mampu milik yang boleh dipohon
Skim rumah PR1MA
Rumah Mampu Milik Johor
Skim Lembaga Perumahan Melaka
Projek Perumahan Rakyat Negeri Sembilan
Rumah Selangorku
January 24, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property