AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Pasaran sewa rumah dijangka tarik minat bakal pembeli



KUALA LUMPUR: Laporan Tinjauan Pasaran Hartanah (PMO) PropertyGuru Malaysia 2024 mendapati terdapat kemungkinan besar peralihan sementara minat pembeli terhadap pasaran sewa memandangkan ketidakmampuan perumahan berterusan.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, walau bagaimanapun berkata, peluang wujud untuk pemilik dan penjual rumah di kawasan tertentu dan kawasan yang kurang mendapat permintaan.

"Ini ditambah pula dengan penurunan inflasi dan inisiatif kerajaan yang disasarkan untuk menyokong pembeli rumah dalam menawarkan janji pasaran yang lebih seimbang.

"Walaupun cabaran berterusan, kami mengekalkan pandangan optimistik yang berhati-hati terhadap pasaran hartanah," katanya pada taklimat media secara maya, semalam.

Pasaran hartanah di Malaysia diramalkan menjadi lebih stabil tahun ini, walaupun terdapat ketidaktentuan dalam ekonomi dengan kawasan dan subpasaran tertentu berada pada kedudukan untuk pertumbuhan yang lebih teguh.

PropertyGuru meramalkan beberapa 'trend' yang akan memberi kesan kepada sektor hartanah Malaysia tahun ini seperti kemampanan dan keterangkuman dalam pasaran tempatan.

Sheldon berkata, pemaju harus mempertimbangkan gaya hidup dan minat pengguna apabila merancang projek perumahan, kerana harga hartanah yang lebih tinggi akan menyebabkan pencari rumah memberikan lebih banyak pertimbangan untuk rumah pertama mereka.

Katanya, selain daripada peningkatan minat dalam projek mampan, pemaju perlu bekerjasama dengan bank untuk menangani objektif sosial, seperti kesaksamaan jantina dan kemajuan hak wanita dengan jangkaan ia akan berterusan tahun ini.

"Situasi hartanah tidak terjual berkemungkinan akan terus bertambah baik tahun ini berbanding tahun lalu apabila kerajaan komited untuk menangani isu hartanah tidak terjual yang berlarutan.

"Penubuhan pasukan petugas khas akan membolehkan kerajaan mengenal pasti dan menyiasat projek perumahan yang terbengkalai, dan kita dapat menyaksikan pemulihan dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata inisiatif kerajaan yang disasarkan, termasuk Skim Kredit Perumahan dengan peruntukan dinaikkan kepada RM10 bilion di bawah Belanjawan 2024 dapat membantu mengurangkan kos pemilikan rumah untuk pembeli rumah.

"Berdasarkan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang sederhana, kami menggesa kerajaan menangani cabaran yang lebih luas seperti kos sara hidup dan pendapatan yang tidak stabil.

"Menangani isu ini adalah penting untuk merangsang permintaan dan menggiatkan semula pasaran," tambahnya.

Sementara itu, data daripada Propertyguru menunjukkan penstabilan kadar kenaikan harga rumah daripada 1.9 peratus pada suku pertama 2023 diikuti oleh 2.1 peratus, 1.5 peratus, dan 1.8 peratus pada suku berikutnya.

Penyederhanaan harga rumah sejajar dengan kadar inflasi Malaysia yang lebih perlahan, namun harga perumahan kekal tinggi, sekali gus menimbulkan cabaran bagi pencari hartanah kali pertama.
January 24, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Kampung Raja Uda, Selangor

RM 450,000

Find Auction Property