AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Henti khidmat guaman, pinjaman projek rumah tanpa APDL



KUALA LUMPUR: Perkhidmatan guaman dan tawaran pembiayaan pinjaman sepatutnya dihentikan untuk projek tanpa Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) yang diluluskan bagi membendung projek haram yang boleh menyebabkan terbengkalai, demikian menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia.

Presiden REHDA, Datuk NK Tong, berkata pihaknya percaya tanggungjawab harus berada di bawah peguam dan pegawai pinjaman untuk melaporkan aktiviti berkenaan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, pembabitan mereka harus disiasat dan tindakan juga harus diambil terhadap mereka dan orang lain yang memainkan peranan bersubahat dengan jenayah berkenaan.

Katanya, memandangkan ia isu kritikal yang memberi kesan negatif kepada rakyat dan industri hartanah, REDHA mahu bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa negeri yang berkaitan dan polis untuk membendung projek haram terbabit.

"Kami yakin sekiranya semua pihak bekerjasama ke arah usaha ini, aktiviti haram ini tidak lagi menjadi sebahagian daripada landskap industri hartanah pada masa hadapan.

"REHDA akan terus menggalakkan ahli-ahli kami untuk menegakkan peranan pembinaan negara kami dalam menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat tepat pada masanya," katanya dalam satu kenyataan.

Tong berkata, merujuk kepada laporan berita bahawa polis menyiasat 88 kes berkaitan pecah amanah, pihaknya berbesar hati bahawa pihak berkuasa termasuk penguatkuasa undang-undang mengambil tindakan terhadap individu itu untuk melindungi rakyat daripada aktiviti tidak bertanggungjawab berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa terus berwaspada dan mengambil langkah sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang ke atas individu yang menyamar sebagai pemaju.

Katanya, pada masa sama, pihaknya juga memahami kesukaran yang dihadapi KPKT dan pihak berkuasa negeri dalam menangani isu itu, khususnya sebelum projek terbengkalai kerana individu berkenaan mungkin membina unit rumah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, atau skala projek adalah kecil dan mungkin tidak dapat dikesan.

Jelasnya, terdapat kemungkinan bahawa unit itu disalah nyatakan dan dibina dengan alasan ia adalah untuk tujuan kediaman pembina sendiri.

"Lebih kerap daripada tidak, individu yang menyamar sebagai pemaju juga beroperasi tanpa sebarang APDL, justeru sukar untuk menjejaki mereka.

"Akibatnya, mengambil tindakan yang wajar dan tepat pada masanya adalah tugas yang sukar, walaupun kami yakin kementerian akan mencari langkah yang sesuai untuk membendung perkara ini sebelum ia menjadi lebih buruk," katanya.

Walau bagaimanapun, Tong berkata, perlu diingatkan bahawa projek berkenaan tidak akan maju dan akhirnya terbengkalai tanpa campur tangan peguam dan pegawai pinjaman yang salah.
February 20, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes, an online global real estate platform, announced it will not impose fees...

April 24, 2024
Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

The prime residential market in Kuala Lumpur saw a four per cent improvement in 2023

April 24, 2024

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Paka, Terengganu

RM 160,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kejora, Terengganu

RM 200,000

2 Storey Terrace Shop Office with Basement Floor, Corner Lot [Facing Jalan Ayer Keroh Lama; 6 min to Multimedia University]

2 Storey Terrace Shop Office with Basement Floor, Corner Lot [Facing Jalan Ayer Keroh Lama; 6 min to Multimedia University]

Taman Ayer Keroh Permai, Melaka

RM 1,300,000

Find Auction Property