AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Projek rumah bawah RM300,000 paling banyak terbengkalai



KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sejumlah 117 projek terbengkalai meliputi 30,840 unit rumah setakat 31 Januari lalu, dengan 81 daripadanya projek membabitkan rumah dengan julat harga RM300,000 ke bawah.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.

"Sebanyak 13 projek pula dengan julat harga RM301,000 hingga RM500,000, lima projek bagi julat harga RM500,001 kepada RM750,000, dua projek di antara RM750,001 hingga RM1 juta dan 16 projek bagi rumah bernilai RM1 juta ke atas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan yang ingin tahu jumlah projek dan unit rumah terbengkalai mengikut julat harga.

Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung faktor lambakan rumah tidak terjual, beliau berkata isu kediaman 'overhang' (kediaman siap tidak terjual) adalah manifestasi ketidaksepadanan dalam pasaran perumahan disebabkan oleh jurang permintaan dan penawaran rumah dalam pasaran.

Antara faktor utama menyebabkan lambakan rumah siap tapi tidak terjual adalah faktor ekonomi, misalnya wabak COVID-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pembeli selain penjualan rumah dengan harga tinggi namun permintaan rendah.

Faktor lain ialah keputusan pemaju yang kurang tepat membabitkan projek yang dibangunkan terletak di kawasan kurang strategik dan tidak mempunyai kemudahan baik serta penolakan pinjaman pembiayaan akhir pembeli oleh institusi perbankan kerana kelayakan dan keupayaan mereka.

Menjawab soalan asal Kian Chuan berhubung garis masa bagi penyelesaian kajian kebolehlaksanaan 'vacancy tax' (cukai pengosongan) untuk membantu menyelesaikan masalah hartanah kediaman tidak terjual, Aiman Athirah berkata kerajaan berpandangan belum wujud keperluan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai berkenaan.

"Kerajaan berpandangan bahawa tindakan intervensi yang dilaksanakan dalam pasaran perumahan ketika ini adalah memadai," katanya.
March 26, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Kenaikan harga tanah, perubahan gaya hidup dan keperluan demografi baharu mengubah landskap pembangunan...

March 25, 2026
Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Isu pembaharuan bandar mendapat perhatian di Malaysia susulan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Bandar...

March 25, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Ros, Johor

RM 85,000

Find Auction Property