AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rezeki dengar nasihat kakak



Wanita ini bijak merancang masa depan apabila berjaya memilik rumah pertama pada usia muda iaitu 26 tahun, enam tahun lalu.

Meskipun ketika itu membeli rumah bukan lagi agenda utamanya, tetapi menganggap ia adalah rezeki tidak dijangka daripada Allah SWT.

Mardhiah Syazwani Md Said, 32, berkata, dia mengetahui jualan rumah itu selepas ternampak iklan perumahan berkenaan dalam media sosial.

Menurutnya, pada peringkat awal dia sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka permohonan Rumah Selangorku jenis apartmen berkeluasan 750 kaki persegi berharga RM110,000 di Salak Tinggi, Sepang, Selangor berjaya.

Menurutnya, jika diikutkan dia belum bersedia untuk membeli rumah memandangkan tidak mempunyai wang simpanan kerana baru bekerja di sebuah syarikat swasta.

"Namun kakak memberi galakan supaya membeli rumah ini memandangkan harganya mampu milik dan berkemungkinan sukar mendapat peluang sebegini (harga rumah RM110,000).

"Untuk membeli rumah ini saya hanya membayar wang pendahuluan RM1,000," katanya.

Jelasnya, proses membeli rumah itu juga mudah yang mana selepas menyiapkan dokumen dalam masa tiga hari dan seterusnya boleh memilih unit.

Katanya, kelebihan perumahan itu ialah dilengkapi kemudahan lif walaupun bangunan lima tingkat, kawasan berpagar, dua parkir untuk setiap unit rumah dan yuran penyelenggaraan rendah iaitu RM130 sebulan.

Selain itu katanya, kawasan perumahan berkenaan juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan stesen Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang memudahkannya untuk ke Kuala Lumpur.

"Jika dibandingkan enam tahun lalu, kawasan ini semakin membangun dan kini terdapat lima projek perumahan yang dalam pembinaan.

"Saya memilih kawasan perumahan itu kerana kedudukannya berhampiran dengan pejabat di Cyberjaya," katanya.

"Lokasi rumah strategik dan sangat bersyukur dengan keputusan tepat dibuat sebelum ini," katanya. 

Mardhiah Syazwani berkata, bayaran bulanan rumahnya hampir RM600 selepas kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dengan tempoh pembiayaan perumahan 35 tahun.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia mula mendiami rumah berkenaan pada Disember 2020 dan sebelum ini menyewa rumah di Cyberjaya selama satu setengah tahun.

"Bagi menonjolkan konsep rumahku syurgaku, saya dan suami melakukan pengubahsuaian rumah pada kabinet dapur serta memasang pintu gelungsur berjumlah kira-kira RM15,000 termasuk pemasangan lampu.

"Untuk menambahkan keserian rumah, kerja-kerja dekorasi dilakukan sendiri (DIY) suami yang bukan sahaja menjimatkan tetapi juga memenuhi cita rasa sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Mardhiah Syazwani turut menasihati anak muda supaya mengutamakan pembelian rumah berbanding barangan kehendak lain.

"Tidak perlu bercita rasa tinggi untuk membeli rumah seperti teres dan kediaman bersaiz besar.

"Perlu mengetahui kemampuan kewangan bagi mengelakkan terbeban untuk membayar ansuran bulanan.

"Bagi saya memadai rumah bersaiz kecil kerana perkara paling penting memiliki aset pada usia muda," katanya.
April 3, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes grants customers free property listings

MetaHomes, an online global real estate platform, announced it will not impose fees...

April 24, 2024
Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

The prime residential market in Kuala Lumpur saw a four per cent improvement in 2023

April 24, 2024

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Paka, Terengganu

RM 160,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kejora, Terengganu

RM 200,000

Freehold 4 Bedroom 2 Storey Terrace House, Intermediate, Renovated [9 min to Amerin Mall]

Freehold 4 Bedroom 2 Storey Terrace House, Intermediate, Renovated [9 min to Amerin Mall]

Taman Bukit Emas, Selangor

RM 480,000

Find Auction Property