AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Faktor penentu nilai hartanah



Pasaran harga hartanah sangat rumit dan sentiasa berubah kerana dipengaruhi pelbagai faktor. Perubahan yang berlaku adalah di luar kawalan dan ada faktor boleh dikawal oleh pelabur serta pembeli. 

Namun begitu, hartanah tetap menjadi aset pilihan ramai kerana memberikan pulang berganda yang menguntungkan. Masyarakat perlu mengetahui lima faktor utama yang mempengaruhi harga pasaran hartanah Malaysia:

1-Landskap ekonomi
Keadaan ekonomi yang baik termasuk memiliki wang yang banyak bukan sahaja membolehkan kita untuk berbelanja tetapi juga membeli hartanah sebagai aset pelaburan.

Ini ditambah pula jika kadar faedah pinjaman rendah atau berpatutan dapat memberi peluang kepada ramai individu mendapatkan pembiayaan pelaburan.

Bagaimanapun, ketidaktentuan ekonomi boleh menyebabkan inflasi yang akhirnya meningkatkan harga hartanah. Secara tidak langsung mengurangkan kemampuan untuk memiliki harta tanah.

2-Lokasi
Pembeli dan pelabur perlu meneliti lokasi harta tanah yang hendak dibeli kerana ia mempengaruhi 'masa depan' harta tanah berkenaan.

Perkara penting lokasi ialah kedudukan yang strategik, kadar jenayah rendah dan terdapat pelbagai kemudahan termasuk kedai. 

Kelebihan ini menjadikan hartanah ini sebagai permintaan tinggi jika hendak dijual atau disewakan.

3-Landskap politik
Kestabilan politik dapat menarik pelabur untuk melabur dalam pasaran hartanah. Ini kerana perubahan politik akan mempengaruhi perubahan dasar tanah, peraturan baharu dan sebagainya.

Perubahan landskap politik selalunya membawa langkah positif pada skala nasional.

4-Keadaan dan kualiti rumah
Pembeli perlu menjadikan rumah mereka kelihatan berharga dengan cara membuat sedikit pengubahsuaian di bahagian dapur atau ruang tamu seperti memasang kabinet dapur dan siling kapur moden.

Ini boleh meningkatkan harga rumah apabila hendak menjualnya. Pembeli juga lebih berminat membeli rumah yang lengkap pengubahsuaiannya.

5-Aksesibiliti kemudahan awam
Ini termasuk perkara dipertimbangkan pembeli yang hendak membeli rumah. Kawasan perumahan mempunyai sistem perhubungan baik sentiasa menjadi pilihan pembeli rumah seperti Kuala Lumpur.

Bagi yang mementingkan perkara ini, mereka sanggup membayar lebih membeli kediaman itu demi kemudahan masa depan.
June 12, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property