AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Purata sewa meningkat 1.8 peratus kepada RM1,920 pada suku pertama



KUALA LUMPUR: Purata sewa di seluruh Malaysia meningkat 1.8 peratus kepada RM1,920 bagi suku pertama 2024 daripada angka pada suku pertama 2023, dengan trend ke arah peningkatan kemampuan memandangkan kadar kenaikan menurun, menurut Indeks Sewa Rumah Malaysia suku pertama 2024 oleh IQI.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Kashif Ansari berkata prestasi Indeks Sewa Rumah Malaysia bagi tempoh itu menunjukkan pertumbuhan permintaan terhadap hartanah sewa semakin perlahan namun masih pada tahap lebih tinggi yang ditetapkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Purata harga sewa di Malaysia sejak dua tahun lepas ialah RM1,895, lebih rendah daripada harga purata suku pertama RM1,920," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut IQI Indeks Sewa Rumah Malaysia berubah berdasarkan keseimbangan antara bekalan hartanah sewa dan bilangan orang yang ingin menyewa, trend bermusim, perubahan bilangan penuntut antarabangsa di negara ini, dan perubahan aktiviti pelabur yang membeli hartanah untuk disewakan.

IQI menjelaskan kadar sewa untuk 12 bulan akan datang diunjur meningkat agak sederhana dan naik di antara sifar peratus dengan tiga peratus daripada paras pada suku pertama 2024.

"Susulan perjalanan antarabangsa dan ketibaan pelancong terus kembali meningkat, Malaysia mungkin mencatatkan kemasukan penduduk jangka masa panjang baharu dalam jumlah yang besar, penghuni sewa jangka masa pendek serta penuntut antarabangsa.

"Ini juga mungkin menyumbang kepada permintaan lebih tinggi untuk hartanah sewa dan memberi peluang kepada pelabur," tambahnya.

IQI memaklumkan di Kuala Lumpur, sewa meningkat 7.6 peratus berbanding setahun lepas, dengan purata sewa RM2,735 iaitu dua peratus lebih tinggi daripada purata dua tahun (lapan suku) lepas.

"Sewa di Kuala Lumpur masih pada sekitar harga berpatutan semasa COVID-19 kerana kadar sewa masih belum pulih sepenuhnya daripada penurunan semasa era pandemik.

"Purata sewa pada suku pertama 2024 adalah 27 peratus lebih rendah berbanding suku yang sama 2020, sebelum pandemik," menurutnya.
July 10, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property