AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Deposit MADANI bantu lebih ramai rakyat Malaysia beli rumah



KUALA LUMPUR: Deposit MADANI yang dicadangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presiden Rehda, Datuk Ir Ho Hon Sang, berkata cadangan itu menyamai dengan pendekatan yang dicadangkan oleh Rehda, iaitu deposit 10 peratus untuk membeli rumah telah menjadi halangan utama kepada individu yang tidak mempunyai simpanan yang besar, terutamanya golongan muda yang baru memulakan kerjaya mereka.

"Walaupun golongan muda mampu untuk membayar balik secara bulanan, bayaran pendahuluan 10 peratus adalah cabaran besar dan Rehda menyokong sebarang inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif Deposit MADANI menyasarkan untuk menyediakan deposit sehingga RM30,000 kepada pembeli rumah pertama, selaras dengan dasar kerajaan 'Rumahku, Syurgaku'.

Sementara itu, Hon Sang berkata Rehda turut memuji cadangan KPKT untuk memperkenalkan satu lagi inisiatif bagi membantu mengurangkan kebimbangan kewangan pembeli rumah selain daripada bayaran bulanan kepada bank.

Skim itu yang menyerupai Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) yang terdahulu tetapi dengan peraturan yang lebih ketat, akan membolehkan pembeli mengekalkan lebih banyak simpanan kewangan.

Di bawah skim itu, pemaju akan menanggung kos faedah yang dikenakan semasa tempoh pembinaan, membolehkan pembeli menguruskan obligasi kewangan lain seperti membayar sewa untuk kediaman semasa mereka.

Walaupun butiran akhir inisiatif itu masih belum dikeluarkan, Rehda berpendapat Deposit MADANI dan skim DIBS boleh dilaksanakan dan hanya digunakan untuk rumah mampu milik yang dikawal harganya dan tidak akan memberi kesan kepada harga rumah mampu milik.

"Kami berharap pengumuman Belanjawan 2025 akan membawa berita baik kepada industri, memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia serta negara secara keseluruhannya.

"Rehda akan terus menggalakkan ahli-ahli kami untuk mengekalkan peranan kami dalam pembinaan negara dengan menyediakan rumah berkualiti dan mampu milik untuk rakyat secara tepat pada masanya dan mampan," tambah Hon Sang.

Pada minggu lalu, Menteri KPKT, Nga Kor Ming telah mengemukakan 33 cadangan bernilai hampir RM1 bilion kepada Kementerian Kewangan untuk Inisiatif Belanjawan 2025.

Selain Deposit MADANI, cadangan lain termasuk pembangunan 100 Taman Rekreasi MADANI; transformasi kolam takungan; perjanjian jual beli elektronik dan e-stamping atau tekan tera elektronik untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, selari dengan transformasi digital dan aspirasi Malaysia MADANI.
August 28, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Kampung Raja Uda, Selangor

RM 450,000

Find Auction Property