AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Hartanah berisiko bencana


KEADAAN iklim juga banyak merubah ekosistem global termasuk dalam pasaran hartanah.

Nilai hartanah boleh terjejas andai lokasi itu kerap berlaku bencana seperti banjir, mendapan dan tanah runtuh.

Kini lokasi terjejas semakin sukar dijangka akibat kepadatan projek pembangunan termasuk pembinaan hartanah kediaman.

Jika dahulu kawasan seperti Hulu Langat dan cerun bukit seperti Bukit Antarabangsa dijangka selalu berisiko, kini kawasan perumahan tidak pernah terjejas turut menghadapi masalah terbabit.

Sebagai pemilik yang sudah mendiami hartanah berisiko berlaku bencana, mereka boleh meminta pendapat penilaian daripada penilai hartanah profesional dan perunding kewangan profesional bertauliah.

Dapatkan juga pandangan pakar hartanah bertauliah jika berhasrat mahu melepaskan atau kekal mendiami rumah itu.

Berikut antara langkah tidak kurang penting jika mahu meminimumkan kerugian ditanggung:

1. Melanggan polisi premium insurans untuk perlindungan aset hartanah dan isi di dalamnya
Dua jenis insurans bagi pemilik rumah yang biasanya ada di Malaysia membabitkan banjir atau bencana iaitu insurans pemilik rumah dan insurans isi rumah.

Insurans pemilik rumah bertujuan melindungi kerugian membabitkan kerosakan struktur bangunan luar rumah daripada pelbagai sebab termasuk bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Sementara insurans isi rumah pula membantu pemilik membuat tuntutan sekiranya berlaku kerosakan dan kerugian dalam isi rumah termasuk harta benda.

Ada beberapa syarikat insurans tampil dengan kedua-dua insurans ini dalam satu skim perlindungan. Namun, ia bergantung kepada polisi syarikat masing-masing.

2. Tuntutan pampasan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Keistimewaan skim LPPSA iaitu penjawat awam yang membeli rumah menerusi agensi itu biasanya ada polisi melindungi hartanah mereka.

Sebaik sahaja pembiayaan diluluskan LPSSA, Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) oleh panel insurans yang dilantik terpakai.

Semak status dan kandungan polisi perlindungan terlebih dahulu dengan panel insurans dengan menghubungi pihak LPPSA.

Jika status boleh dituntut, terus hubungi panel insurans atau takaful untuk proses berikutnya.

3. Tuntutan pampasan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
Tuntutan pampasan dari pihak berkuasa selalunya membabitkan kes banjir berpunca daripada sistem perparitan yang gagal diselenggara dengan baik sama ada oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau PBT.

Proses bermula dengan menyemak sistem saliran dan perparitan di kawasan banjir di bawah tanggungjawab PBT.

Boleh buat tuntutan ke jabatan berkaitan dan isi borang tuntutan pampasan kerana bencana alam.

Dokumen mungkin diperlukan laporan polis, gambar kerosakan dan bukti jelas punca bencana dan dokumen sokongan lain.
November 6, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Kenaikan harga tanah, perubahan gaya hidup dan keperluan demografi baharu mengubah landskap pembangunan...

March 25, 2026
Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Isu pembaharuan bandar mendapat perhatian di Malaysia susulan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Bandar...

March 25, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

Find Auction Property