AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Cita rasa rumah 'subsale'


MELIHAT sahaja foto lama rumah sekunder (sub sale) yang dimiliki pasangan suami isteri, Mohamad Azray Abu Bakar, 36, dan Nur Nabilah Che Meh, 34, ini membuatkan penulis seakan-akan tidak percaya keadaan seperti itu sebelum dilakukan pengubahsuaian.

Bagi pasangan itu, memiliki rumah sekunder sebagai rumah pertama lebih puas dari pelbagai sudut termasuk menjimatkan kewangan jika kena dengan strateginya.

Sebenarnya pasangan itu bukan kali pertama membeli rumah sekunder kerana sudah miliki rumah jenis itu sebelum ini.

Nur Nabilah berkata, selepas mendirikan rumah tangga pada 2017 dia dan suami mempunyai cita rasa yang sama iaitu ingin memiliki rumah sekunder.

Katanya, mereka lebih selesa memiliki kediaman jenis sekunder kerana ia sudah siap dari segi 'fizikal' dan boleh meninjau keadaan sekeliling sama ada sesuai atau tidak dengan cita rasa peribadi.

"Pada 2019 sebenarnya saya dan suami sudah membeli rumah pertama kami di Ipoh iaitu rumah sekunder jenis teres. Beberapa bulan selepas mendapat kunci rumah, saya mendapat kelulusan untuk berpindah kerja ke Selangor.

"Jadi, saya dan suami tidak sempat menghuni rumah pertama kami dan apabila berpindah ke Sungai Buloh, Selangor pada 2020 kami membeli sebuah lagi kediaman sekunder berkeluasan kira-kira 1,700 kaki persegi iaitu rumah teres setingkat yang mempunyai tiga bilik tidur, satu stor dan dua bilik air," katanya.

Katanya, rumah pertama mereka di Ipoh yang dibeli pada RM235,000 dan kini disewakan. Lokasi kediaman itu yang strategik juga menjadikannya mudah mendapat penyewa.

"Rumah kedua ini pula, saya dan suami mencari kediaman yang dekat dan strategik untuk ke tempat kerja masing-masing. Jadi, kami menemui rumah ini.

"Menariknya, ketika kami meninjau rumah ini, saya dan suami hanya melihat dari luar dan tidak masuk dalam memandangkan pemilik masih berada dalam rumah. Jadi, kami tidak tahu keadaan dalam rumah itu sepenuhnya," katanya.

Tambahnya, seperti biasa dia dan suami membuat perbincangan dari segi bajet penyelenggaraan semula kediaman sekunder yang dibeli sebaik sahaja pulang meninjau rumah yang ingin dibeli.

"Apabila melihat dari luar sahaja, kami tidak tahu sebenarnya dalam rumah itu banyak perkara perlu dibaiki. Mujur, ia tidak memakan kos terlalu tinggi untuk dibaik pulih.

"Saya dan suami biasanya sudah mempunyai bajet bagi membaik pulih kediaman sekunder yang dibeli supaya tidak berlaku perbelanjaan berlebihan yang merugikan," katanya.

Katanya, kediaman kedua itu yang dibeli pada RM340,000 sudah berusia 19 tahun dan mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan hampir RM35,000 terutama untuk kerja membaik pulih.

"Bagi saya dan suami walaupun perlu menambah kos membaik pulih rumah sekunder itu, ia masih jimat berbanding membeli rumah yang baharu dibina pemaju.

"Selain itu, kami gemar melakukan kerja pengubahsuaian mengikut cita rasa peribadi. Jadi, rumah sekunder ini membolehkan kami mencipta kreativiti dalam mendekorasi khasnya," katanya.

Katanya, persepsi mengenai membeli rumah sekunder sesuatu yang negatif sememangnya ada ketika dia dan suami memutuskan untuk membeli rumah itu.

"Namun, apabila rumah ini siap diubah suai mengikut selera kami, kediaman ini berubah seratus peratus. Malah, orang yang sebelum ini melihat membeli rumah sekunder sebagai sesuatu yang merugikan terus berubah pandangan dengan merasakan ia cukup berbaloi.

"Bagi saya perkara paling penting untuk menjadikan kediaman itu cantik dan kemas adalah daripada kita sendiri, tidak kisah rumah baharu atau sekunder. Apabila rumah itu cantik, jika masa depan ingin dijual atau disewakan pada harga pasaran tentu lebih mudah," katanya.
November 19, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

The July Auction Carnival 2025, held in conjunction with NCM Co’s 38 Years of Auction Excellence

July 30, 2025
OPR turun lagi

OPR turun lagi

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan

July 30, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Mega Tas, Pahang

RM 350,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

RPT Batu 5, Perak

RM 260,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Damai 3, Johor

RM 100,000

Find Auction Property