AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Manfaat tabungan awal


"PADA saya maksimum peruntukan untuk ansuran rumah antara 30 hingga 35 peratus sahaja daripada pendapatan sebulan. Jika tidak, kita akan rasa 'sakit' kelak," kongsi pemilik rumah berusia 38 tahun ini kepada penulis.

Pada 2017, Muhd Hafizh Khairul Baharein membeli rumah pertamanya jenis apartmen di Cheras, Kuala Lumpur. Ketika itu dia sudah pun mendirikan rumah tangga.

Dua tahun sebelum membeli rumah pertama dia sekeluarga menyewa, tetapi dipaksa keluar kerana rumah itu hendak diberikan kepada ahli keluarga pemilik.

Sejak itu, dia dan isteri memutuskan untuk membeli sahaja rumah dan tidak mahu menyewa lagi kerana merasakan seperti ditindas apabila diminta keluar oleh tuan rumah dalam jangka pendek.

Muhd Hafizh berkata, apabila membeli rumah pertama ketika itu dia tidak mempunyai banyak pengalaman dan merasakan rumah itu bakal dijadikan pelaburan pada masa depan sahaja.

Katanya, ketika masih menghuni rumah pertama mereka, dia dan isteri membuat tabungan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan masing-masing untuk membeli rumah teres sebagai rumah kedua mereka pada masa depan.

"Dalam tempoh kami menabung itu, perancangan rapi dilakukan supaya impian memiliki rumah teres pertama dapat dicapai. Antaranya membuat pembacaan mengenai kadar faedah dan cara supaya apabila sudah membeli rumah keadaan aliran kewangan kami masih kukuh. Kami juga mencari perumahan yang terbaik bersandarkan bajet.

"Akhirnya pada 2020 kami dapat membeli rumah teres dua tingkat pertama kami di Cyberjaya pada harga RM700,000. Selain itu, saya juga meletakkan wang tunai RM100,000 hasil wang pusaka yang diwariskan kepada saya supaya bayaran wang ansuran kepada bank tidak terlalu tinggi pada masa depan," katanya.

Ketika menandatangani perjanjian jual beli rumah baharu itu, dia juga mengiklankan rumah pertamanya untuk dijual dan ia dapat dijual pada harga asal yang dibeli.

Katanya, rumah baharu itu adalah jenis strata dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air berkeluasan 1,400 kaki persegi.

Rumah jenis strata menjadi pilihan kerana inginkan aura keselesaan menghuni itu ada dan tidak mahu ada binaan yang luar daripada konsep rumah di sekitar seperti tadika.

"Sebelum membeli rumah ini kami membuat tinjauan beberapa perumahan di sekitar selatan Selangor, memberi keutamaan kepada pemaju yang terkenal dan memastikan kawasan itu mempunyai faktor dekat dengan pelbagai kemudahan terutama pengangkutan awam kerana saya ke tempat kerja menggunakan kenderaan awam," katanya.

Katanya, rumah teres baharu itu juga terletak di kawasan strategik dengan kawasan komersial yang sudah membangun seperti hospital dan sekolah yang terletak antara radius lima hingga 10 kilometer (km) sahaja.

"Bagi saya untuk memiliki rumah idaman ini memerlukan satu faktor yang lengkap kerana saya secara peribadi menginginkan keselesaan dan kemudahan untuk kami sekeluarga apabila menghuni di sini.

"Selain itu, ketika membuat tinjauan rumah, saya banyak bertanya mengenai potensi kawasan rumah pada masa depan dari segi pembangunannya," katanya.

Katanya, pengurusan kewangan adalah perkara paling penting dalam proses membeli dan selepas mendapat kunci. Justeru, tabungan awal adalah perkara yang banyak membantunya dalam soal aliran tunai yang lebih baik.

"Selepas mendapat kunci, saya melakukan kerja pengubahsuaian dan membeli pelbagai kelengkapan rumah. Ia pasti membabitkan kewangan. Jadi, saya gunakan wang tabungan untuk perkara itu.

"Saya dan isteri juga ingin menjadikan rumah ini amat selesa untuk kami dan tidak bercadang dijadikan sebagai pelaburan kerana ia adalah rumah idaman," katanya.

Tambahnya, strategi membeli rumah lebih murah adalah perkara yang banyak membantunya dari segi pengurusan kewangan sebelum membeli rumah impian.

"Pada saya apabila kita hendak memiliki rumah impian jangan terburu-buru. Pastikan aliran tunai dalam keadaan baik.

"Tidak mengapa untuk kita bersabar dengan menyewa dahulu atau membeli sebuah rumah bukan idaman kerana aliran tunai adalah perkara paling penting memandangkan komitmen perumahan ini adalah satu jangka yang panjang," katanya.
December 23, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property