AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus



KUALA LUMPUR: Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), dijangka meningkat antara 3 hingga 4 peratus pada tahun ini.

Menurut pempengaruh hartanah dan penggiat YouTube terkenal, Sean Tan, unjuran ini relevan terutamanya di kawasan permintaan tinggi seperti Desa ParkCity, Bangsar, dan Mont Kiara di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hartanah bertanah terus menunjukkan prestasi memberangsangkan, terutama di kawasan komuniti berpagar dengan kawalan keselamatan, kerana pembeli semakin mementingkan keselamatan kediaman.

"Di kawasan seperti Desa ParkCity, unit kediaman yang terhad dan kualiti hidup yang tinggi telah menyebabkan harga hartanah melonjak dengan ketara," katanya kepada Bernama selepas tampil dalam program The Nation terbitan Bernama TV yang dihoskan oleh Gerard Ratnam.

Bagaimanapun, Tan menjelaskan bahawa harga rumah bertanah di kawasan kejiranan lama seperti SS2 di PJ dan Kepong di KL mungkin mencecah harga siling. Ini berikutan kekangan kemampuan pembeli serta persaingan daripada projek pembangunan baharu yang menawarkan ciri keselamatan lebih baik.

Beliau turut menjangkakan bahawa hartanah perindustrian akan mencatat prestasi cemerlang menjelang 2025, terutama di Johor dan Lembah Klang, dengan lokasi seperti Jelutong di Pulau Pinang dan Lagong di Selangor menjadi tumpuan popular.

Secara keseluruhan, pasaran hartanah tahun ini dijangka menyaksikan beberapa anjakan hasil daripada faktor ekonomi, pembangunan infrastruktur, serta perubahan pilihan pembeli.

Untuk mendapatkan tawaran terbaik, Tan menggesa pembeli rumah memahami data pasaran, dinamik permintaan dan penawaran, serta perkembangan infrastruktur yang boleh mempengaruhi nilai hartanah.

"Bagi pembeli rumah kali pertama, fokuslah kepada mencari kediaman yang memenuhi keperluan anda pada harga yang berpatutan. Namun, bagi pelabur, sasarkan kawasan yang menawarkan hasil sewa tinggi, bekalan unit terhad, dan potensi pertumbuhan jangka panjang," katanya.

Mengenai hartanah perindustrian, Tan menambah bahawa lokasi seperti Jelutong dan Lagong menarik perhatian disebabkan harga tanah yang kompetitif serta pembangunan infrastruktur baharu.

"Syarikat multinasional berminat melabur kerana harga tanah kita masih rendah, sekali gus memacu pembangunan bandar baharu di sekitar Lembah Klang," jelasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa penyiapan projek infrastruktur baharu seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kelantan ke Selangor serta Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang akan meningkatkan prestasi jualan hartanah di kawasan yang terhubung dengan rangkaian pengangkutan tersebut.

Selain itu, kawasan seperti Pahang, Kelantan, dan Puncak Alam turut menawarkan peluang pertumbuhan.

"Projek perindustrian dan lebuh raya seperti Lebuhraya Pantai Barat telah mengubah kawasan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian kepada destinasi pembangunan hartanah yang berpotensi besar," katanya.
January 8, 2025
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property